Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas salah sebuah kedai yang menjual teh herba tradisional Cina, Koong Woh Tong kerana didakwa menggunakan nama dan gambar untuk tujuan pemasaran.

Dia menulis di akaun rasmi X, “Ini adalah satu lagi pemasaran yang tidak bertanggungjawab, menggunakan nama dan gambar saya oleh Koong Woh Yong, bertujuan untuk menipu orang ramai. Ini perbuatan yang memalukan.”

Baca Juga:

Di dalam ciapan tersebut, beliau turut memuat naik imej kedai tersebut bersama-sama paparan gambarnya yang digunakan pihak kedai untuk mempromosikan teh herba tersebut.

Menurut WOB, keratan akhbar terbabit diambil semasa beliau menjawat jawatan Ketua Pengarah Kesihatan, di mana beliau menyebut bahawa pakar China telah mencadangkan akupunktur dan ubat-ubatan herba untuk mencegah jangkitan dan mempercepatkan pemulihan daripada coronavirus.

Dr Noor Hisham juga mendakwa bahawa jenama yang menggunakan gambar dan namanya salah kerana ia mengelirukan orang ramai untuk mengaitkan apa yang dikatakannya dengan produk gerai tersebut.

“Ia mengelirukan untuk dikaitkan dengan produk itu,” katanya.

Dia telah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap jenama itu.

“Saya tiada pilihan lain selain membawa Koong Woh Tong ke mahkamah. Berapa banyak yang patut saya saman mereka? Semoga ini menjadi pengajaran kepada syarikat lain? Sekurang-kurangnya jika saya menang, saya boleh berkongsi wang kemenangan dengan NGO,” katanya lagi.