Pelakon komedi legenda, Dharma Harun menyatakan bahawa fikirannya buntu mengenangkan hutang rumah sewanya yang mencecah RM7,500.00.

Dharma dikunjungi oleh Karyawan yang menyampaikan sedikit sumbangan untuk dia meringankan beban yang seda ditanggungnya.

Pelakon berusia 68 tahun itu turut menanggung 2 orang anaknya yang berusia 36 tahun dan 35 tahun. Dan kedua duanya masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Dharma tidak mempunyai pendapatan yang tetap untuk menampung keperluan keluarganya.

Dipetik daripada Harian Metro, pelakon yang popular dengan filem Sikit Punya Gila itu berkata: “Saya memang tiada kerja. Kalau ada tawaran berlakon tiada masalah untuk saya bayar sewa dan tunggakannya.

“Ia satu perkara yang amat membebankan saya dan buat saya tertekan memikirkannya.

@hmetromy

Pelakon filem Adik Manja era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid, 68, meluahkan kebimbangan terpaksa keluar dari rumah yang disewa berikutan mempunyai tunggakan sewa mencecah RM7,500.

♬ original sound – Harian Metro – Harian Metro

“Kami diberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk menjelaskan tunggakan sewa. Jika tidak, kami terpaksa keluar. Dalam masa sama, anak-anak pula nak duduki peperiksaan hujung bulan ini.

“Sedikit sebanyak ia buat saya susah hati dan hilang selera makan.”

Dharma mengalami serangan angin ahmar pada 2019 lalu. Dan berdepan dengan masalah ingatan yang terbatas. Dia juga ada masalah percakapan dan menghidap asma.

Seterusnya Dharma menuntut sebuah stesen tv agar membayar pembayaran program terbitan syarikatnya dahulu yang sudah pun ditayangkan sebanyak 13 episod pada 2022. Bayaran sekitar RM312,000 itu menurutnya masih belum diterimanya.

Dharma berharap ada pihak yang membantunya. Kerana menurutnya, diberikan RM10,000 sekalipun dia akan tetap menghargai dan memanfaatkannya untuk membayar rumah sewa dan mencari jalan untuk rezeki lain.

Dharma jelas sedih sekali dengan apa yang berlaku kepadanya. Kerana  dia tidak menyangka sama sekali perkara seperti ini boleh berlaku kepada dia dan anak anak. Sambil menambah: “Kalau boleh, kami tidak mahu meminta-minta daripada sesiapa. Ini adalah pertama kali dalam hidup saya berlaku perkara seperti ini.

Dia mengakhiri: “Saya rancang macam mana sekalipun, tapi semuanya atas kehendak Allah, mungkin juga ini ujian untuk kami sekeluarga.”