Pelakon legenda, Dharma Harun, telah meluahkan rasa terkilan dengan kecaman dilemparkan segelintir netizen kepada dua orang anaknya.
Di mana pihak ini menuduh 2 anak Dharma sebagai malas bekerja dan mempersoalkan kepada pada usia 30-an masih lagi belajar.
Sebelum ini Dharma Harun meminta bantuan daripada pihak yang sudi untuk membayar tunggakan rumah sewannya yang sudah mencecah RM7,500.00.
Ketika itu Dharma menyatakan dia tidak ada pendapatan tetap dan masih menanggung dua anaknya, Siti Qurratu Aini, 36, dan Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, – yang masih belajar.
Dharma kemudian menjelaskan bahawa sebelum ini dua orang anaknya itu memang dah bekerja dengan membantunya di dalam produksi miliknya, WWS Studios Sdn Bhd sejak tamat persekolahan.
Dipetik daripada BH Online, pelakon Adik Manja, Dharma Harun akui terkilan dan sedih. Dia berkata: “Saya sedar mengenai kecaman dilemparkan kepada mereka. Sebagai bapa tentu saya sedih anak-anak dituduh macam-macam.
Dharma terasa hati anak-anak dikecam teruk#BHhiburan Anak Dharma dituduh tak mempunyai inisiatif cari kerja, hanya bergantung kepada bapa sudah uzurhttps://t.co/YQf5NINYTr
— Berita Harian (@bharianmy) June 22, 2024
“Sejak usia 18 tahun lagi mereka sudah bantu produksi saya yang menghasilkan drama dan program televisyen.
“Merekalah yang berlakon, tulis skrip, menerbit dan mengarah. Sebelum fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami memang tak berdepan masalah kewangan kerana aktif dengan kerja penerbitan.”
Masalah mulai timbul apabila ada syarikat penyiaran yang masih belum membayar RM320,000 seperti dijanjikan kepada mereka untuk program terbitan mereka Deko Ibadah.
Ketika menunggu wang itu dibayar, Dharma telah menyarankan agar anaknya menggunakan ruang dan kesempatan yang ada untuk menyambung pengajian mereka yang tertangguh.
“Kontrak dijanjikan sebanyak RM312,000, jadi legalah sedikit, tapi bila sampai masa tak dibayar, itu membuatkan saya terkejut,” jelas Dharma.
Dia yakin jika wang itu dibayar, mereka tidak akan menagih bantuan seperti sekarang ini. Dharma benar benar terkilan kerana ada pihak yang marah marah kepada anaknya yang dituduh menyusahkan ibu bapa mereka.
“Kalau anak-anak saya hanya melepak di pusat beli-belah, bolehlah mereka marah, tapi mereka sambung belajar,” kata Dharma Harun lagi kepada BH Online, ketika menerima sumbangan RM7,500 untuk melangsaikan tunggakan rumah sewanya daripada Yayasan Budi.
Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan pengasas Yayasan Budi, Tan Sri Dr Rais Yatim.
Dalam perkembangan yang berkaitan, anak kepada Dharma Harun, sebelum ini menegaskan mereka juga ada membuat kerja sambilan ketika masih belajar di ASWARA dalam usaha mereka mahu meringankan beban keluarga.
Anak pelakon popular era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid, iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, menafikan lepas tangan dalam soal pembayaran sewa rumah keluarga sehingga diberi notis mengosongkan kediaman terbabit daripada pemiliknya.
Berita penuh: https://t.co/MjepfoeIdW pic.twitter.com/RPFS2ULuL0
— Berita Harian (@bharianmy) June 17, 2024
Kedua dua mereka pernah terfikir untuk berhenti belajar, namun pensyarah di fakulti mereka menasihati mereka agar tidak berbuat demikian kerana mereka pelajar cemerlang.