Polis di Madhya Pradesh, India telah menemui mayat seorang warga emas yang dipukul oleh sekumpulan samseng kerana disyaki beragama Islam.

Menurut laporan, mangsa yang dikenali sebagai Bhanwarlal Jain, berumur 65, tidak stabil dari segi mental dan berasal dari Sarsi di daerah Ratlam, Madhya Pradesh. Insiden itu pula dikatakan berlaku di Manasa di daerah Neemuch di Madhya Pradesh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video kejadian itu tular di laman sosial Twitter menunjukkan Jain ditampar bertubi-tubi oleh seseorang yang memakai baju merah.

Dalam video tular itu, kedengaran Jain disoal oleh lelaki tersebut, “Siapa nama awak…Mohammed? Adakah anda dari Jabra? Tunjukkan kad Aadhar sekarang,” mintanya sambil terus memukul kepala Jain.

Sehari sebelum video itu tular, polis Manasa menemui mayat Jain dan mengeluarkan gambarnya di media sosial yang membawa kepada pengecamannya.

Pada Jumaat lalu, selepas mayat mangsa diserahkan kepada keluarga untuk upacara keagamaan, video kejadian itu tular, ahli keluarga Jain lalu berkumpul di luar balai polis Manasa dan menuntut tertuduh ditangkap.

Rakesh Jain, adik kepada Bhanwarlal, berkata abangnya sesat dan seluruh kampung sedang mencarinya. Rakesh berkata bahawa abangnya seorang yang tidak pernah mencetuskan masalah.

Sementara itu, laporan menyebut tertuduh dikaitkan dengan parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan isterinya dikatakan bekas ahli jawatankuasa BJP. Dia telah dikenal pasti dengan nama Dinesh Kushwaha, penduduk di kawasan Kachi di Manasa.

Insiden tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai, terutamanya mereka yang menggunakan media sosial.

Mengulas mengenai video itu, penulis terkenal dan editor eksekutif Majalah Force, Ghazala Wahab menulis, “Kebencian ini menghakis. Ia memakan negara sendiri.”

Jurugambar terkenal Atul Kasbekar berkata, “Kami (India) sudah pasti berada di cerun yang licin dan amat berbahaya kepada keadaan undang-undang/perintah anarki,” katanya.

Zia Haq, seorang editor di Hindustan Times menulis, “Lelaki Hindu membunuh lelaki Hindu kerana mengesyaki dia seorang Muslim. Kita sedang turun ke dalam jurang maut. #StopHate (SIC).”

Sementara itu, pemimpin Kongres Rahul Gandhi, yang bercakap semasa satu acara di London, berkata bahawa India tidak berada di suatu fasa yang baik. “BJP telah menumpahkan minyak ke seluruh negara. Anda perlukan satu percikan & kami akan menghadapi masalah besar. Saya fikir itu juga tanggungjawab pembangkang, Kongres – yang membawa bersama-sama, masyarakat, negeri, & agama,” kata Gandhi, menurut agensi pengumpulan berita ANI.

Bagaimana perbalahan antara Muslim dan Hindu boleh tercetus di India ketika ini. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Bagaimana Perbalahan Antara Muslim Dan Hindu Boleh Tercetus Di India Ketika Ini?

Sambutan Perayaan Agama Hindu Di India Diraikan Dengan Serangan Ke Kawasan Muslim

Penganut Hindu Di India Minum Air Kencing Lembu, Percaya Mampu Sembuhkan COVID-19