Legasi Suzzy Helmet yang diasaskan Shahid Al Warith Abdul Aziz atau lebih kenali sebagai Kecik pada 2016 kini disambung oleh abangnya Ahmad Al Qayyum.

Tragedi yang menimpa adiknya pada 2020 tidak mematahkan semangat Qayyum untuk menyambung kembali perjuangan adiknya yang telah berjaya mencipta jenama dalam komuniti kustom atau binaan khas di Malaysia.

Baca Juga:

Kini Suzzy Helmet bukan sahaja dikenali di dunia kustom tanah air. Tetapi pelanggan mereka juga datang dari pelbagai pelusuk dunia termasuk Perancis, Rusia, Hong Kong, Taiwan dan banyak lagi.

Ikuti temubual kami bersama Qayyum mendalami susur galur perjuangan dan jatuh bangun Suzzy Helmet di laman YouTube The Vocket. Ini merupakan bahagian pertama daripada tiga bahagian temuramah The Vocket di Hills Angels.