Sebelum ini, suami Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih mesra dengan panggilan Opai bangga mendedahkan pendapatannya trading forex iaitu $17,500 (RM75,915) seminggu.

Terbaharu, muncul dakwaan di Twitter apabila seorang pengguna Twitter mendakwa Opai sebenarnya bukanlah trader forex seperti dikatakan tetapi sebenarnya seorang broker serta sering memperdayakan pengikutnya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, individu tersebut turut mendakwa Opai tidak menjana pendapatan melalui trading forex tetapi dia dipercayai memberi isyarat saham kepada pengikutnya untuk menyeleweng. Justeru itu, individu terbabit berharap agar kebenaran dapat terbukti dan mereka yang teraniayai dapat keadilan.

Akan tetapi, dakwaan individu tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Segelintir netizen mempertahankan Opai dengan mengatakan dia broker berdaftar dan bukanlah seorang penipu seperti dakwaan individu terbabit serta ada juga netizen berpendapat sebaliknya.