Tiada angin tiada ribut, Fathia Latiff tiba-tiba menyindir Zahirah Macwilson dengan mengatakan wajah pelakon itu seperti pembantu rumah menerusi live. Hal itu telah meraih perhatian orang ramai dan netizen berasa hairan dengan sikap Fathia.

Susulan itu, Zarina Anjoulie yang pernah berkawan rapat dengan Fathia tampil mendedahkan perangai sebenar Fathia ketika mereka masih berkawan.

Baca Juga:

Menerusi live di TikTok, Zarina menyatakan dia berhenti berkawan dengan Fathia disebabkan perangainya yang busuk hati.

@aseancelebrities

Zarina Anjoulie || Anju Mula Buka Cerita.. Tentang Fatiya Latiff #ZarinaAnjoulie #FatiyaLatiff

♬ original sound – Selebriti Malaysia – Selebriti Malaysia

Bukan itu sahaja, Fathia akan mengungkit dan mengatakan bahawa dia berkawan dengannya disebabkan pengikut di Instagram yang ramai.

“Korang tahu apa jadi dengan Fathia, jadi ada benda Anju nk cerita sikit. Kalau korang tengok video tuh, itulah masalah tentang Fathia. Kalau korang ingat Anju pernah kawan dan gaduh dengan dia. Inilah sebabnya.

“Kalau korang tengok video tuh, korang boleh rasa tak busuk hati dia? Sebab tuh Anju berhenti kawan dengan dia.

“Busuk hati dia kuat sangat sebabtuh dia tak ada kawan. Lepas lima tahun pun masih tiada perubahan, sampaikan tiada orang nak kawan dengan dia.” ujar Zarina Anjoulie.

Dalam pada itu, dia turut mendoakan agar satu hari nanti Fathia akan berubah dan bahagia pada masa akan datang. Terdahulu, Zarina dan Fathia pernah berperang besar tetapi berbaik semula selepas dua tahun bergaduh.