Setiap kali ada pemandu kereta mewah membuat perkara menyalahi undang-undang, pasti netizen pantas mengecam mereka.
Bagaimanapun situasi berbeza berlaku di Sarawak baru-baru ini. Ramai netizen back up seorang pemilik McLaren 720S yang mengambil dua kotak parkir sekaligus.
Baca Juga:
- Santuni Pak Cik Mahu Bergambar Dengan Kereta, Pemilik McLaren Kuning Dipuji Netizen
- AIG Tidak Lagi Lindungi McLaren Singapura Kemalangan Di Malaysia
- Kerja Kutip Sampah Tergendala, Kereta Mewah McLaren Halang Laluan Masuk Kondominium Di Mont Kiara
Supercar berwarna putih itu diletakkan secara sedikit menyerong di tengah-tengah antara dua kotak parkir di Jalan Tun Jugah, Kuching, Sarawak.
Sementara pemilik kenderaan lain meletakkan kereta masing-masing di dalam kotak parkir yang disediakan.
Menerusi komen-komen ditinggalkan netizen, ramai yang rasakan tindakan pemilik McLaren adalah betul.
Dengan meletakkan kereta sebegitu, ia dapat mengurangkan risiko McLaren itu dan kereta lain bercalar di antara satu sama lain apabila membuka pintu.
“Jujurnya, saya rasakan tindakan pemandu McLaren itu betul. Dia tak nak keretanya kena kereta orang. Orang tak nak langgar keretanya.
“Saya tidak akan kompelin. Untuk yang tidak tahu, boleh semak macam mana pintu McLaren 720S dibuka. Memang ia memerlukan ruang yang luas.
“Parkir seperti ini ada betulnya. Dia dapat elakkan orang lain langgar keretanya, kemudian tidak mampu untuk menanggung kos baik pulih.
“Mungkin dia bayar dua kupon untuk dua kotak parkir, jadi dia tidak salah,” kata warganet.
Dalam pada itu ada netizen mencadangkan agar pihak berkuasa dapat menyediakan kotak parkir yang luas khas untuk kenderaan yang bersaiz besar atau kenderaan miliki pintu yang luar daripada kebiasaan.