Sejak dua hari lalu, perkongsian seorang pengguna Twitter yang berkongsi gambar seorang pekerja Family Mart yang melaksanakan pelbagai tugasan seorang diri tular di Twitter.
“Dialah juruwang, dialah buat aiskrim, dialah panaskan wrap, dialah yang buat oden, dialah yang buat ramen cheese, dialah basuh utensils. Dialah semua,” tulisnya di Twitter.
Baca Juga:
- Banyak Makanan ‘Rare’ Dan Pedas, Gadis Jepun Ini Terkejut Lihat Menu Family Mart Di Malaysia
- Ini Sebab Mengapa Papan Tanda Family Mart Di Cameron Highlands Hanya Berwarna Hitam Putih
Dia lah juruwang, dia lah buat aiskrim, dia lah panaskan wrap, dialah yg buat oden, dialah yg buat ramen cheese, dialah basuh utensils. Dia lah semua. https://t.co/FyHyejJkvl pic.twitter.com/wLeX56nvFo
— Aainaa 🦭 (@serenemeren) January 16, 2023
Rata-rata netizen yang pernah ke Family Mart cawangan lain turut bersetuju dengan situasi itu. Mereka juga pernah alami dan lihat situasi itu berlaku dan meluahkan rasa simpati kepada pekerja yang terpaksa buat segala kerja seorang diri.
Got 1 FM is SS15. Always just sorang je kerja. Dia la buat semua benda. Kesian tengok. Now closed but opened a new branch same area but I haven't checked yet
— Tinuvi4l (@MewsOfTheMuse) January 17, 2023
Keadaan Family Mart di Jepun berbeza berbanding di Malaysia, staff2 situ takkan biarkan customer tunggu lama di kaunter. Di sana biasanya dalam setiap outlet ada sekurang2nya 5 orang staff yg akan served customer dalam setiap masa.
— 你叫问 (@sonjiaowen) January 17, 2023
Family Mart Malaysia semalam telah membuat penjelasan tentang isu ini menerusi akaun rasmi mereka.
Pertama sekali, mereka memohon maaf terhadap pengalaman tidak baik para pelanggan di mana-mana cawangan mereka perihal faktor kekurangan pekerja mereka.
“Sektor runcit sedang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja dan syarikat kami tidak terkecuali. Kami telah mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini selama setahun ini antaranya:
– Menaikkan gaji dan elaun untuk mengekalkan dan menarik lebih banyak pekerja tempatan. Kami meneliti tentang gaji secara berterusan.
– Usaha pengambilan kerja yang berterusan melalui pelbagai saluran.
– Memendekkan waktu operasi di kedai-kedai yang mengalami kekurangan tenaga kerja.
“Kami terus mencari cara untuk mengatasi masalah tenaga kerja kami. Kami sentiasa meneliti proses operasi kami untuk mencari penyelesaian yang boleh mengurangkan beban kerja di kedai (contohnya, mencuba sistem Self Service),” terang mereka.
Family Mart turut berkata mereka mempunyai banyak kekosongan untuk diisi di pelbagai lokasi yang sedia ada di seluruh negara, terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan & Johor.
Jika anda sedang mencari kerja atau mengetahui sesiapa yang sedang mencari kerja, boleh hubungi terus pihak Family Mart menerusi [email protected].
Family Mart turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang sentiasa berdedikasi dan mahu para pelanggan untuk kekal bersabar sementara mereka mencari penyelesaian terbaik untuk situasi ini.