Jika di Malaysia, terdapat segelintir peminat yang sanggup membayar RM70,000 demi mendapatkan sebuah motosikal Yamaha RX-Z, lain ceritanya dengan negara luar iaitu Amerika Syarikat dimana sebuah Honda Civic Si keluaran tahun 2000 telah dijual dengan harga $50,000 (RM213,525).
Mengulas mengenai Honda Civic, pasti ramai peminat automotif cukup kenal dengan model yang penuh dengan cerita ini. Hadir dengan pelbagai spesifikasi yang memukau membuatkan model ini menjadi rebutan ramai.
Walau bagaimanapun, sedikit berbeza pada kali ini apabila model Honda Civic Si dengan spesifikasi stadard tanpa sebarang kisah melibatkan kepunyaan artis atau pemandu ternama ini menjadi rebutan sehingga berjaya dijual dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga sejak mula ditawarkan.
Difahamkan kondisinya yang seolah masih baru setelah hampir dua dekad membuatkan model ini menjadi rare di mata peminat serta sanggup dibeli dengan harga yang tinggi.
Dari segi spesifikasi enjin, Honda Civic Si yang mula dibeli pemilik terdahulu pada tahun 2004 masih lagi mengekalkan penggunaan enjin yang sama iaitu enjin VTEC inline-four 1.6-liter yang mampu menghasilkan 160 kuasa kuda menerusi transmisi manual lima kelajuan. Tiada sebarang modifikasi telah dibuat kepada model ini.
Siapa sangka, menjangkau usia mencecah dua dekad, Honda Civic Si ini cuma dipandu sejauh 5,600 batu (9,012km) sahaja. Dalam erti kata lain, secara purata kereta ini cuma bergerak sejauh 280 batu (450 km) setahun.
Lebih mengejutkan, model yang mulai didapatkan pada harga $17,985 (RM76,804.94) ini telah ditawarkan secara bidaan dan telah menerima sebanyak 36 bidaan dimana bidaan tertinggi mencecah $50,000 (RM213,525).
Melihat kepada situasi yang berlaku, nampaknya harga yang tinggi bukanlah masalah buat para peminat untuk mendapatkan dengan harga tidak masuk akal jika berjaya menepati citarasa pembeli.
Ketahui lebih lanjut mengenai kisah pemuda yang berjaya menjual Yamaha RX-Z dengan harga RM70,000. Beliau turut mendapat kecaman sejak pada mula diiklankan berikutan harganya yang dikatakan tidak munasabah.
Jelajah Seluruh Negara Cari Alat Ganti, Pemuda Ini Buka Mulut Cabaran Bina Semula RX-Z RM70,000
Pemuda Ini Dikecam Selepas Iklankan Motosikal RX-Z Dengan Harga Mencecah RM70,000