Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat berapa selebriti termasuk artis lagenda dan ikon inspirasi terbabit dengan sebuah syarikat perunding kewangan yang bersekongkol dengan pegawai bank tempatan bagi memperdayakan ramai peminjam bank, termasuk ribuan penjawat awam melalui pinjaman bertindih.
Memetik Berita Harian, SPRM mendapati artis terbabit dikaitkan dengan kegiatan syarikat perunding kewangan berkenaan berikutan penahanan 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), baru-baru ini.

Baca Juga:
- ‘Saya Berpuas Hati’ – Ketua SPRM Dedah Nilai Harta Dua Anak Tun Mahathir, Ini Jumlahnya
- Ops Sky: SPRM Kesan RM700 Juta Pinjaman Kepada Pegawai Kerajaan Yang ‘Blacklisted’
- SPRM Tegaskan Lebih Ramai Pegawai Bank Akan Ditangkap, Ini Sebabnya
Pihak SPRM juga mendedahkan sejumlah RM700 juta pinjaman bank diluluskan kepada peminjam yang kemudian terjerat dengan sindiket yang kononnya menawarkan bantuan kewangan, tetapi mengaut sekurang-kurangnya 35 peratus daripada jumlah pinjaman yang diluluskan bank-bank pada satu masa.
Ada antara selebriti dibayar mencecah hingga RM400,000 hanya untuk menjadi ‘duta rasmi’ kepada perkhidmatan syarikat berkenaan.
Siasatan juga mendapati syarikat terbabit turut aktif menaja program hiburan membabitkan selebriti dalam usaha menarik ‘pelanggan’ mereka.
Sindiket itu juga didapati turut melabur sejumlah wang yang banyak untuk penciptaan lagu membabitkan penyanyi tersohor negara.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan turut dapati syarikat kewangan berkenaan melantik beberapa selebriti untuk dijadikan sebagai ‘duta’ kempen dengan bayaran tertentu yang mencecah ratusan ribu ringgit.
“Siasatan turut menjuruskan pembabitan selebriti-selebriti ini kerana mereka dibayar dengan bayaran yang lumayan,” katanya kepada Berita Harian tetapi tidak mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.