Kerajaan pada semalam telah pun mengumumkan kebenaran untuk beberapa sektor perniagaan membuka kembali perniagaan mereka pada 4 Mei ini selepas terpaksa ditutup sejak PKP mula diperkenalkan pada 18 Mac lalu.

Keputusan itu bukan saja memberikan peluang kepada peniaga untuk kembali melakukan aktiviti perniagaan tetapi turut memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk keluar membeli persiapan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Bagaimanapun, pengumuman kebenaran itu dilihat tidaklah dipersetujui oleh semua pihak -terutama pelanggan jika dilihat melalui pendapat-pendapat yang dilontarkan di media sosial sejak semalam.

Antara kerisauan yang timbul dalam kalangan netizen ini adalah akan berlakunya peningkatan kes COVID-19 secara mendadak jika orang ramai dibenarkan keluar dan berkumpul ketika membeli persiapan hari raya nanti.

Dengan beberapa perniagaan bakal dibuka kembali Isnin ini, netizen sudah mula membayangkan akan wujudnya kluster baru dalam kalangan rakyat tempatan seperti kluster Jakel, kluster kedai tom yam dan kluster SOGO yang berpunca daripada aktiviti membeli barang raya tidak lama lagi.

Selain mempersoalkan pembukaan premis yang boleh menarik kehadiran orang ramai untuk berkumpul seperti Jakel, netizen juga tertanya-tanya kenapa kedua -dua pihak – penjual dan  pelanggan tidak hanya memfokuskan kepada jualan dan pembelian dalam talian dan bukannya secara fizikal.

Ini bukan saja dapat mengelakkan risiko jangkitan dalam kalangan pembeli tetapi demi keselamatan pekerja kedai-kedai yang bakal mengendalikan jumlah pelanggan yang tinggi sepanjang bulan ramadan ini.

https://twitter.com/softypeachyass/status/1256411841992945664?s=20

Timbul kekeliruan?

Malah ada juga netizen yang berpendapat Jakel sebenarnya tidak dibenarkan beroperasi jika mengikut senarai yang dibekalkan oleh KKM melalui senarai aktiviti yang masih dilarang kerana sukar mengawal keadaan orang ramai.

Ia dilihat merujuk kepada perkara 11. Kedai Pakaian dan Aksesori Fesyen yang tidak dibenarkan beroperasi bersama dengan beberapa lagi sektor perniagaan lain.

EW98E8CVcAENnZY

Pihak Jakel bagaimanapun melalui wakil mereka pada semalam memaklumkan syarikat tersebut akan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan bagi mengawal jangkitan COVID-19 di premis mereka seperti menguatkuasakan social distancing, pemakaian face mask dan pemeriksaan suhu badan antaranya.

EW8ymuIUcAUuubO

Apa-apa sekali pun, keputusan telah pun dibuat oleh pihak kerajaan setelah melihat daripada pelbagai aspek sebelum memberikan kebenaran kepada premis-premis ini untuk kembali beroperasi.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab apa yang boleh dilakukan oleh kita ketika ini adalah meminimakan pergerakan keluar, mengelakkan perhimpunan dan paling penting mengamalkan amalan kebersihan seperti mencuci tangan dan memakai face mask bila keluar.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Baca perkongsian lain kami mengenai situasi COVID-19 di dalam negara kita di pautan di bawah. 

Di Tengah Situasi COVID-19, Pihak Berkuasa Malaysia Tahan Ratusan Pelarian Dan Pekerja Migran

PM Umum Tiada ‘Balik Kampung’ Untuk Tahun Ini

Peminjam Sewa Beli Dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap Bakal Dikenakan Faedah Sepanjang Moratorium