Pelakon kanak-kanak, Puteri Rayyana Rayqa menjadi mangsa terbaru jangkitan COVID-19 selepas pulang dari penggambaran drama Demi di Scotland baru-baru ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh ibunya, Syira yang turut dikesan positif pada hari ini seperti dilaporkan portal Harian Metro.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

“Saya dan Rayqa buat ujian pagi semalam di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya. Pagi tadi baru dapat panggilan yang kami positif Covid-19.

“Sekarang, kami sedang menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebelum ini pelakon utama Puteri Aishah termasuk lima lagi ahli kru yang lain juga disahkan positif selepas kembali dari negara itu. Bagaimanapun, seorang lagi pelakon Ben Amir disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan.

Mereka sebelum ini berlepas ke negara Eropah itu pada 9 Mac untuk menjalankan penggambaran drama bersiri tersebut walaupun keadaan semasa COVID-19 ketika itu sudah berada di tahap yang membimbangkan.

Tindakan mereka untuk meneruskan penggambaran itu sebelum ini dipertikaikan oleh netizen dan dilihat makin mencuri perhatian selepas pelakon utama mereka Puteri Aishah disahkan positif beberapa hari lalu.

photo_2020-04-09_14-54-15 photo_2020-04-09_14-54-13

Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan yang memperincikan tentang bagaimana ahli rombongan penggambaran tersebut dijangkiti virus itu.

Buat anda yang masih tertanya-tanya bagaimana rantaian jangkitan COVID-19 boleh diputuskan, apa kata anda lihat video yang menunujukkan bagaimana ia boleh berlaku. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Lihat Bagaimana Rantaian COVID-19 Mampu Diputuskan Dengan Menggunakan ‘Domino Effect’

Gara-Gara COVID-19, Irama ‘Pen Pineapple Apple Pen’ Kembali Popular Di Jepun

Tidak Mahu Ambil Risiko, Lelaki Ini Berjalan Kaki Lebih 100KM Selepas Tiba Dari Jepun