Menteri Keadilan Thailand, Tawee Sodsong bersama Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, menyatakan banduan Malaysia di penjara Narathiwat, Thailand, termasuk seorang penyanyi dikir barat wanita dari Kelantan atas kesalahan penyalahgunaan dadah, didapati memuaskan.

Memetik Berita Harian, Ahmad Fahmi berkata secara keseluruhannya, beliau mendapati layanan penjara terhadap semua banduan, termasuk banduan Malaysia yang beragama Islam, adalah sangat baik kerana kemudahan seperti makanan halal dan tempat solat disediakan.

Baca Juga:

“Saya telah berjumpa dengan banduan Malaysia. Alhamdulillah, keadaan mereka sihat dan baik,” katanya kepada pemberita pada Ahad selepas melawat penjara itu untuk meninjau layanan pihak penjara terhadap tahanan warga Malaysia di situ.

Memetik laporan itu lagi, Tawee berkata lawatan itu diadakan untuk memberi peluang kepada wakil Malaysia melihat sendiri sistem keadilan Thailand dan layanan terhadap banduan yang sedang menjalani hukuman.

Katanya, banduan Malaysia yang memerlukan peguam boleh membuat permohonan melalui mahkamah dan peguam bela akan disediakan secara percuma.

“Kami membenarkan setiap banduan untuk bertemu dengan 10 orang waris, sama ada secara dalam talian atau bersemuka, selama 15 minit,” katanya.

Tawee turut memaklumkan bahawa Penjara Narathiwat kini menempatkan 2,860 banduan, dengan 95 peratus daripadanya adalah banduan Muslim, manakala 85 peratus kes melibatkan kesalahan penyalahgunaan dadah.

Sementara itu, siasatan kes tersebut hampir selesai. Di mana pihak polis sedang menunggu keputusan cap jari dan ujian kandungan dadah dalam badan sebelum menghantar laporan penuh kepada pihak pendakwa raya, lapor Harian Metro.

laporan penuh akan dihantar dengan kadar segera sebaik semua keputusan diterima dan kemudian tarikh pendakwaan akan diputuskan.