Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anaknya baik dari segi kelengkapan harian, pendidikan mahupun tempat tinggal. Dalam pada itu, sudah menjadi kebiasaan kini dimana para pelajar diajar untuk berdikari lebih-lebih lagi apabila memasuki alam universiti.
Namun lain ceritanya dengan luahan pelajar menerusi Facebook UTAR Confessions dimana ayahnya telah membeli dan menyediakan anaknya sebuah kereta Toyota Camry dan rumah jenis kondominium berdekatan universiti bagi memudahkan anaknya ulang-alik.
Di sebalik kemewahan yang berjaya dimiliki, beliau nampaknya kurang senang serta meluahkan kekecewaan selepas sering dimomok rakan-rakan sebagai terlalu bergantung kepada ibu bapa. Menurut pelajar ini, adalah sangat tidak munasabah untuk beliau mencari duit sendiri sedangkan beliau masih lagi belajar di universiti.
Walau bagaimanapun, beliau yakin apa yang diberikan ibu bapanya adalah untuk menjamin beliau mendapatkan kehidupan yang terbaik. Beliau juga berjanji untuk memberikan kehidupan yang terbaik buat anak-anaknya serta bakal membalas jasa ibu bapanya apabila bekerja kelak.
Berdasarkan luahan yang dikongsi pelajar ini, orang ramai nyata memberi sokongan terhadap beliau yang bertuah kerana memiliki ibu bapa yang mampu memberi kemewahan serta menyarankan agar beliau mengendahkan segala kecaman yang diterima.
Sebelum ini, tular isu mengenai pelajar yang mengadu elaun bulanan sebanyak RM2,000 adalah tidak cukup sekaligus membuatkan para netizen berang.
Pelajar Universiti Di Subang Jaya Mengadu Elaun Bulanan RM2,000 Tidak Cukup
Akibat Langgan Pelajar Kolej ‘Kegemaran’ Kim Jong Un, Empat Pegawai Atasan Dihukum Mati
Dua Pelajar Berusia 14 Tahun Dedah Ada Asteroid Yang Sedang Dekati Bumi