Walaupun kedua ibu dan bapanya merupakan insan istimewa namun itu bukanlah alasan untuk tidak berbangga dengan mereka seperti yang dikongsikan gadis ini di laman Twitter.
Melalui perkongsian yang dibuat pengguna Jannah (@jnhmdnr) baru-baru ini beliau berkongsi bagaimana mereka sekeluarga dibesarkan oleh ibu dan bapanya yang difahamkan mempunyai masalah kesukaran untuk berkomunikasi.
Walaupun sedikit berdebar untuk mengakui kelainan upaya kedua ibu-bapanya namun beliau menegaskan anak-anak sepatutnya menghargai kedua-dua ibu bapa mereka tanpa mengira apa jua keadaan mereka.
https://twitter.com/jnmhdnr/status/1273914743669927936?s=20
Menurut Jannah, bapanya mempunyai kesukaran untuk bercakap memandangkan pendengaran beliau yang kurang jelas sekaligus menyukarkan mereka untuk berhubung antara satu sama lain.
Malah, bapanya juga ceritanya tidak begitu mahir dalam menggunakan bahasa isyarat dek kerana kekangan kewangan yang dihadapi untuk mempelajari kemahiran tersebut di usia muda.
https://twitter.com/jnmhdnr/status/1273917668119080961?s=20
Walaupun begitu, beliau menjelaskan mereka masih boleh berkomunikasi dengan bapanya melalui emaknya yang akan menjadi perantara antara mereka.
Walaupun mempunyai masalah pendengaran sama seperti bapanya namun ibunya masih boleh bercakap walaupun tidak seperti kebiasaan.
https://twitter.com/jnmhdnr/status/1273920256029847552?s=20
Mengubah pandangan
Walapun terpaksa melalui cabaran yang mungkin tidak dilalui seperti keluarga yang lain namun perkara beliau menjelaskan setiap orang perlu berbangga dengan ibu bapa mereka tanpa mengira siapa mereka.
Malah, kisahnya dibesarkan ibu bapa kelainan upaya juga jelasnya pernah mengubah pandangan cikgu beliau yang turut mempunyai bapa kelainan upaya sebelum ini.
https://twitter.com/jnmhdnr/status/1273921588950298624?s=20
Perkongsian beliau mengenai kisahnya dibesarkan ibu-bapa kelainan upaya yang dimuat naik sejak dua hari lalu di Twitter itu sehingga kini sudah pun mencatatkan lebih 15,000 retweet dan hampir 40,000 likes.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut turut terinspirasi dengan kisahnya dan turut memuji kecekalannya.
“Alhamdulillah, saya bangga dengan anda, siapa pun ibu bapa kita hargailah mereka kerana mereka adalah syurga buat kita.
“Tiada apa yang dapat menggantikan mereka,” tulis netizen.
“Anak yang hebat dengan mak ayah yang hebat, semoga bahagia dan berjaya dalam segala apa bersama keluarga ya,” tambah mereka.
Baca mengenai kisah angkasawan negara kita yang baru sahaja mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata kembar buat kali kedua di pautan di bawah.
Bakal Terima Kembar Kali Kedua, Netizen Ucap Tahniah Buat Angkasawan Negara
Bermula Dengan Modal RM100, Penjual ‘Bundle’ Berjaya Beli Rumah Buat Keluarga Di Usia 20 Tahun
Video Ziarah Polis Ini Buat Netizen Terharu, Catat Satu Juta Tontonan Di Facebook