Polis sedang mengesan seorang pengguna X.com yang juga pengasas jenama kosmetik terkenal selepas didapati membuat hantaran bertujuan mengaibkan anggota polis trafik.
Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung hantaran berkenaan pada jam 7.30 pagi semalam.

Baca Juga:
- Founder Manisan Guna Logo Tanpa Izin, Ini Kenyataan Rasmi ‘Elephant Army’
- Gaji Hanya RM5 Sejam Tanpa Carum KWSP, Founder Produk Kecantikan Didakwa Eksploitasi Pekerja
- Pernah Curi Daripada Kak KM, Kieda Crepe Dedah Suspek ‘Target’ Rumah Founder
“Pemilik akaun aplikasi X.com menggunakan nama ‘@syedewa’ dikesan memuat naik gambar pegawai polis yang sedang menjalankan tugas sekatan jalan raya (SJR) di Damansara Damai pada jam 10.45 pagi, Selasa lalu.
“Hantaran berkenaan bertujuan mengaibkan imej pegawai polis yang sedang menjalankan tugas.
“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, polis kini sedang mengesan pemilik akaun X.com terbabit untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau saksi kes itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.