Sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Pakatan Harapan memaklumkan tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri sekiranya dilantik.
Hasratnya tercapai apabila pada 24 November lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. Walau bagaimanapun, perlantikan Menteri Kewangan yang juga beliau sendiri sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen.
Baca Juga:
- Alami Keadaan ‘Luar Biasa’, Rafizi Ramli Jawab Isu Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai Menteri Kewangan
- Anwar Jawab Isu Kasut Berharga RM5,500, Ingatkan Pengkritik ‘Jangan Bawa Naratif Fitnah’
Malah, terdapat netizen yang mendakwa beliau tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri namun mungkin mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.
Tampil jelas perkara sebenar
Ada yang menyindir kononnya saya tak ambil gaji sebagai Perdana Menteri tapi akan ambil gaji sebagai Menteri Kewangan. Salah. Faktanya, skim gaji ini satu saja. Maknanya saya tidak akan ambil gaji sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan sekaligus.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 5, 2022
Menerusi sidang media yang berlangsung sebentar tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menjelaskan perkara sebenar di mana memegang dua portfolio tersebut hanya akan menerima satu gaji sahaja. Dalam erti kata lain, beliau tidak akan menerima gaji bagi kedua-dua portfolio tersebut.
Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan sehingga keadaan ekonomi pulih.
Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan – PM Datuk Seri @anwaribrahim pic.twitter.com/nKjcTCbYPC
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 5, 2022
Pihak kerajaan juga tidak lagi membenarkan pembolotan kekayaan tokoh politik terhadap pesawah yang turut melibatkan ahli politik terkenal. Selain itu, kerajaan juga komited untuk mengurangkan cabutan khas perjudian kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.
Diharap inisiatif yang dilakukan sekaligus bakal membawa ekonomi Malaysia kepada tahap yang lebih baik sekaligus memastikan kebajikan rakyat terjaga dan sejahtera.