Sekarang filem animasi Merah Putih: One For All yang menggunakan tema kebangsaan serta mendakwa hasilnya adalah dari bakat tempatan sepenuhnya dari Indonesia menjadi bualan hangat.

Filem animasi ini menerima kecaman hebat dari rakyatnya sendiri kerana bukan sahaja grafik 3D yang terlalu hodoh dan tidak berkualiti malahan sudah menjadi satu bahan jenaka di negara-negara jiran lain.

Dalam pada itu, timbul sejumlah spekulasi yang membahaskan tentang pembikinan filem patriotik tempatan ini yang dipercayai hanya sekadar ‘tangkap muat’ sahaja.

Dari trailernya sahaja, orang ramai menyimpulkan filem ini dibuat dalam masa yang singkat kerana hasil grafik 3D yang terlalu kaku walaupun menelan kos Rp 6 miliar setara dengan RM1,560,000.

Walau bagaimanapun, angka ini telah mencetuskan kontroversi di Indonesia. Ramai netizen, termasuklah penggiat industri animasi, mempersoalkan kualiti animasi yang dianggap rendah dan tidak setimpal dengan bajet yang begitu besar.

Terdapat juga laporan yang mendakwa bahawa filem tersebut menggunakan aset 3D sedia ada yang dibeli dari platform digital dengan harga yang jauh lebih murah, dan ini telah menimbulkan keraguan tentang peruntukan dana yang sebenarnya.

@kimisekai.id

Doksli Merah Putih 😹 Source: – Daz3D – Reallusion Special thanks to: – Yono Jambul (YouTube) – Frossh Indra (Facebook)

♬ suara asli – Kimisekai ID – Kimisekai ID

Hal ini sekaligus membuatkan warga Indonesia sendiri menghubungi pemilik aset karakter 3D tersebut dalam mendapatkan kepastian sama ada kerajaan Indonesia ada membayar untuk menggunakan karakter atau pun sebaliknya.

Rupanya terdapat satu penemuan yang mengejutkan apabila pemilik karakter 3D itu bukan sahaja tidak menerima bayaran malahan tidak mendapat kredit selepas hasil aset 3D digunakan di dalam filem animasi terbabit yang bertujuan untuk komersial.

Dalam dua tangkap layar yang tular, pemilik aset bernama Junaid Miran meluahkan rasa terkejut apabila ramai orang datang menyoal berapa harga yang dikenakan untuk syarikat produksi dari Indonesia itu menggunakannya.

Didakwa Kantoi Curi Aset, Rakyat Indonesia Mahu Pemilik Saman Syarikat Animasi 'Merah Putih'
Sumber Gambar: Threads/a>

Dia bagaimanapun menafikan perkara itu dengan mengatakan dirinya sama sekali tidak pernah menerima sebarang bayaran setakat ini.

“Terima kasih atas sokongan semua, khususnya daripada Indonesia! Untuk menjawab soalan yang paling kerap ditanya:

“Tidak, tiada sesiapa pun dari pasukan produksi yang menghubungi saya atau memberi sebarang kredit atas penggunaan watak-watak saya sebagai watak utama dalam filem tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, dia mendedahkan terdapat enam karakter yang telah digunakan tanpa izin oleh produksi filem Merah Putih: One For All itu.

Didakwa Kantoi Curi Aset, Rakyat Indonesia Mahu Pemilik Saman Syarikat Animasi 'Merah Putih'
Sumber Gambar: YouTube

Susulan sudah pecah tembelang, warganet Indonesia langsung menggesa pemilik aset iaitu Junaid Miran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat produksi berkaitan ekoran sudah melanggar perlindungan hak cipta.

Ramai juga meluahkan rasa bengang kerana filem ini dikira sebagai satu penghinaan kepada negaranya kerana sebelum ini filem animasi Jumbo sudah meletakkan standard animasinya sudah berada setara studio produksi berkaliber antarabangsa.

Di samping itu, majoriti netizen memohon maaf ke atas tindakan pencurian harta intelek yang didakwa dilakukan oleh syarikat produksi tempatan negaranya yang tidak memikirkan soal hak cipta.