Indonesia nampaknya masih berkeras kepala dalam menyelesaikan pertelingkahan bersama Apple berkaitan pelaburan dan juga ‘lesen penjualan’ secara rasmi di negara itu.
Memetik Berita Harian, kerajaan Indonesia meminta komitmen pelaburan sebesar $1 bilion (~RM4.4 bilion) daripada syarikat gergasi teknologi, Apple.inc dalam masa seminggu kata Menteri Pelaburan negara itu pada hari semalam.

Menteri Pelaburan, Rosan Roeslani memberitahu penggubal undang-undang bahawa Indonesia menjangkakan lebih banyak pelaburan jika Apple memutuskan untuk menjadikan negara itu sebahagian daripada rantaian bekalannya.
Malah, pelaburan ini dilihat perlu dibuat oleh jika Apple mahu menembusi pasaran Indonesia kerana produk dijual di negara itu perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya 40 peratus bahagian buatan tempatan dan syarikat antarabangsa terbabit gagal mematuhi peraturan kandungna tempatan setakat ini.
Timbalan Menteri juga merancang untuk meningkatkan keperluan itu.
“Sesiapa yang mendapat manfaat daripada jualan mesti melabur di sini, mencipta pekerjaan di sini. Apa yang penting ialah bagaimana rantaian nilai global bergerak ke sini, kerana apabila ia berlaku, pembekal akan mengikutinya,” kata Rosan sambil menambah komitmen pelaburan adalah sebahagian daripada fasa pertama.
Apple sebelum ini telah membuat cadangan pelaburan $100 juta (RM455 juta) untuk membina kilang aksesori dan komponen di Indonesia bagi membatalkan larangan itu, tetapi kerajaan menolaknya atas alasan ia tidak memenuhi prinsip keadilan.
Apple tidak mempunyai kemudahan pembuatan di Indonesia yang mana sebuah negara yang mempunyai penduduk kira-kira 280 juta orang sekaligus sebuah pasaran yang cukup besar untuk diterokainya. Namun, sejak 2018 Apple seria menubuhkan akademi pembangun aplikasi.
Indonesia menganggap strategi itu sebagai percubaan untuk memenuhi keperluan kandungan tempatan bagi penjualan model iPhone lama.
Untuk memperluaskan penawaran produk terkini, syarikat biasanya bakal meningkatkan kandungan tempatan melalui perkongsian domestik atau dengan mendapatkan bahagian dalam negara.