Beberapa minggu lalu tular satu gambar menunjukkan seorang pegawai polis didakwa netizen memakai jam tangan mewah semasa menunjukkan bahan bukti kes siasatan.

Bagaimanapun, Jabatan Standard Integriti dan Pematuhan Polis Persekutuan (JIPS) telah menafikan dakwaan yang digembar-gemburkan oleh netizen mengenai gambar tersebut.

Baca Juga:

Pengarahnya Datuk Seri Azri Ahmad, mengesahkan bahawa pemeriksaan lanjut mendapati jam tangan berkenaan mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan jenama mewah itu, namun ia bukanlah model Rolex sebenar.

Azri menyuarakan keraguan tentang keberanian seorang pegawai polis yang memakai jam tangan mewah ketika menjalankan tugas.

Sumber Gambar: PDRM via New Straits Times

“Ia adalah jam tangan berharga RM570,” tegas beliau dengan mengemukakan gambar terperinci jam tangan itu bersama-sama kad jaminan kepada New Straits Times.

Beliau merayu orang ramai supaya tidak membuat dakwaan tidak berasas di platform media sosial.

Terdahulu, kontroversi bermula apabila gambar berkenaan tersebar menerusi Telegram, menunjukkan seorang pegawai polis memakai jam tangan kronografi, dikhabarkan sebagai Rolex bernilai lebih RM200,000.

Sumber Gambar: PDRM via New Straits Times

Azri menegaskan keperluan untuk pegawai polis mengisytiharkan harta mereka sebelum menyertai pasukan itu dan memberi jaminan bahawa JIPS akan menjalankan siasatan menyeluruh sekiranya terdapat dakwaan sebegitu.

“Kami tidak boleh membuat tindakan semberono. Tolong berikan kami maklumat yang boleh dipercayai dan kukuh untuk tindakan susulan. JIPS pasti akan menyiasat,” katanya.

Azri menggalakkan orang ramai berkongsi maklumat atau memfailkan aduan melalui rmp.spad.gov.my, menghubungi talian hotline di 1800-880-222, atau menghantar e-mel ke [email protected].