ByteDance, syarikat induk TikTok, baru-baru ini mengumumkan pemecatan seorang intern yang didakwa “mengganggu secara jahat” latihan salah satu model kecerdasan buatan (AI) mereka, lapor Yahoo News.

Walau bagaimanapun, ByteDance menolak dakwaan bahawa tindakan intern tersebut menyebabkan kerosakan besar, menyatakan bahawa laporan yang tersebar di media sosial “keterlaluan dan ketidaktepatan.”

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Dalam satu kenyataan, ByteDance menjelaskan bahawa individu yang terlibat bekerja di pasukan teknologi iklan dan tidak mempunyai pengalaman dengan Makmal AI syarikat.

Terdapat dakwaan bahawa insiden ini telah menyebabkan kerugian lebih daripada $10 juta (RM47 juta) kerana ia mengganggu sistem latihan AI yang melibatkan ribuan unit pemprosesan grafik (GPU) berkuasa tinggi.

Namun, ByteDance menafikan angka tersebut, menegaskan bahawa kerosakan yang dilaporkan adalah dibesar-besarkan.

Pemecatan intern tersebut berlaku pada Ogos, dan ByteDance juga telah memaklumkan perkara ini kepada universiti tempat intern itu belajar serta badan industri yang berkaitan.

ByteDance, yang terkenal dengan aplikasi popular seperti TikTok dan versi Chinanya, Douyin, adalah antara syarikat terkemuka dalam pembangunan algoritma.

Syarikat ini turut membuat pelaburan besar dalam AI, yang digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti chatbot Doubao dan alat teks-ke-video yang dikenali sebagai Jimeng.

Walaupun insiden ini mendapat perhatian besar di media sosial, ByteDance menegaskan bahawa operasi AI dan teknologi mereka kekal stabil dan tidak terjejas secara signifikan.

Untuk rekod, ByteDance yang juga pemilik TikTok telah membuang 700 pekerja di Malaysia pada awal bulan ini.

Menurut Malay Mail, keputusan yang disahkan oleh syarikat pada hari Jumaat ini dilakukan bagi memberi laluan kepada peralihan strategik TikTok ke arah meningkatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Jurucakap syarikat menyatakan, “Kami membuat perubahan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mengukuhkan lagi model operasi global kami untuk mensederhanakan kandungan.”

700 pekerja yang dibuang itu melibatkan kakitangan moderator kandungan dengan pihak syarikat mahu beralih arah ke pendekatan dengan menggunakan sistem automatik untuk menyemak setiap kandungan yang dimuat naik oleh pengguna.

Pekerja dimaklumkan mengenai pemberhentian mereka melalui e-mel pada Rabu lalu sehingga menimbulkan kebimbangan dan persoalan mengenai keselamatan pekerjaan dalam industri.

Walaupun TikTok mengesahkan mengenai pemberhentian tersebut, namun pihak syarikat mengelak daripada mendedahkan jumlah tepat pekerja yang terjejas.