Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan aksi warga emas cuba melarikan diri apabila dirinya didatangi dua individu ketika menjamu selera di sebuah restoran makanan segera.

Difahamkan, dua individu itu mendatangi warga emas itu kerana mahu menuntut wang berjumlah RM9,000 yang ditipunya beberapa bulan lalu berhubung urusan hartanah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video terbabit, dua individu itu mengatakan tidak akan melepaskannya jika tidak memulangkan semula duit mereka dan dilihat warga emas itu cuba melarikan diri tetapi gagal selepas dihalang.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mempertikaikan tindakan warga emas tersebut yang sanggup melakukan aktiviti penipuan.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mendakwa bahawa mungkin ini bukan kali pertama warga emas itu melakukan penipuan. Malah, rata-rata netizen berharap mereka yang melakukan penipuan akan kantoi seperti itu.