Sudah menjadi kebiasaan buat masyarakat beraya sehingga sebulan sepanjang bulan Syawal. Lebih meriah, sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja disambut bersama sanak saudara dan rakan, malah sudah menjadi budaya menerima tetamu khususnya kanak-kanak untuk datang beraya di rumah.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang pengguna Facebook iaitu Norfatin Mat Tahia dari Bukit Changgang, Banting yang menceritakan pengalamannya dengan sekumpulan kanak-kanak yang memakai baju merah sedondon datang beraya di rumahnya.
Kisahnya bermula apabila beliau yang berada di rumah bersama kakaknya menerima tetamu yang tidak dikenali hadir ke rumahnya untuk beraya. Tanpa berfikir panjang, mereka terus menjemput kanak-kanak ini untuk masuk ke rumah serta turut menghidangkan air sebagai para tetamu.
Menerusi perkongsian, sepanjang berada di rumah kanak-kanak ini telah mengajukan pelbagai soalan yang aneh daripada kumpulan tetamu yang tidak dikenali seperti jumlah penghuni di dalam rumah, jumlah bilik dan pelbagai lagi.
Tidak kurang juga yang mahu ke bilik air serta meninggalkan sampul duit raya tanpa wang didalamnya sekaligus membuatkan kanak-kanak ini tanpa sedar telah selongkar beg tangannya serta telah mengambil sampul duit raya yang berada di dalam beg beliau.
Berdasarkan perkongsian tuan rumah, kumpulan kanak-kanak ini dihantar oleh mak saudara mereka yang menetap jauh dari lokasi Bukit Changgang sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan buat tuan rumah.
Perkongsian yang dibuat tuan rumah ini tidak lain dan tidak bukan untuk berkongsi kepada orang ramai mengenai situasi yang berlaku serta berharap orang ramai berjaga-jaga dengan kumpulan yang dilihat sangat mencurigakan ini.
Kemas kini: Menerusi perkongsian terbaru tuan rumah di Facebook, beberapa kanak-kanak ini telah hadir sekali lagi ke rumahnya semula pada hari ini untuk memohon maaf atas apa yang berlaku.
Beliau kemudiannya bersama kanak-kanak ini telah menaiki sebuah kereta bagi menghantar kanak-kanak ini pulang ke rumahnya serta bertemu dengan pihak penjaga mereka.
Menerusi Facebook Live yang dijalankan, pihak penjaga telah memaklumkan beliau telah menyuruh kanak-kanak ini memohon maaf kepada tuan rumah setelah mendapati perkongsian tuan rumah tular di Facebook. Beliau juga akui malu serta memohon maaf atas tindakan yang dilakukan kanak-kanak ini.
Diharapkan semoga insiden seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja menyukarkan pihak penjaga malah turut memberi ancaman kepada penduduk sekitar dalam menerima tetamu yang tidak dikenali dalam mengelakkan situasi yang sama kembali terjadi.
Tular pada minggu lalu apabila Pak Cik Shell menjelaskan punca pekerjanya tertidur semasa bertugas di stesen minyak pada waktu malam.
Video Pendek BBC Papar Wanita Malaysia Menari K-Pop Dikecam Netizen