Kecoh sejak akhir-akhir ini mengenai tindakan segelintir warga Rohingnya yang didakwa semakin ramai serta menggangu ketenteraman warga tempatan. Meminta sedekah serta berlagak samseng antara yang kurang disenangi orang ramai.

Di sebalik pelbagai kritikan dan kecaman yang ditujukan kepada warga Rohingnya, seorang individu dipercayai warga Rohingnya tampil menafikan kenyataan yang dibuat terhadap kaummnya menerusi video yang dimuat naik.

Baca Juga:

Menurut lelaki ini, beliau memaklumkan kehadiran warga Rohingnya bukan kerana mereka suka menetap di Malaysia sebaliknya kerana kampung mereka mengalami masalah yang mendesak mereka terpaksa ke Malaysia.

Selain itu, lelaki ini turut memaklumkan kaumnya hadir ke Malaysia bukan untuk membuat masalah sebaliknya sanggup berhempas pulas berkerja keras dalam mencari rezeki.

Difahamkan kenyataan beliau dibuat selepas terdapat pihak yang dipercayai seorang ustaz yang menyuruh warga Rohingnya majukan negara sendiri berbanding jadi pelarian di negara Malaysia.

Lelaki Rohingnya ini turut memaklumkan beliau kini bekerja sebagai tukang membuat rumah serta sanggup bekerja dari pagi sehingga malam demi mencari wang untuk makan.

Perkongsian panjang lebar warga Rohingnya ini walau bagaimanapun kurang disenangi segelintir netizen yang berpendapat warga Rohingnya ini terkadang terlalu keterlaluan. Bertindas ganas serta menjadi gengster seolah berada di tanah kelahiran sendiri antara punca kaum ini kurang disenangi. Berikut merupakan respon netizen menerusi perkongsian yang dibuat.

https://twitter.com/crushkgym/status/1630456159709827072

Sementara itu, terdapat pihak yang mahu pihak keraajaan campur tangan dan dapatkan solusi dalam memastikan warga Rohingnya dalam negara dapat dikekang sekaligus mengurangkan masalah melibatkan warga tempatan.