Sebut mengenai warga Rohingnya, pastinya ramai yang mempunyai pengalaman bertemu dengan golongan ini. Meskipun rakyat Malaysia diajar untuk berbudi bahasa dengan semua kaum, telatah dan tindakan segelintir golongan Rohingnya ini jelas membuat rakyat Malaysia tidak senang hati.
Terbaharu, tular sebuah perkongsian daripada Twitter @Thehulkey di mana beliau baru-baru ini telah ditegur oleh seorang remaja Rohingnya berusia sekitar 15 tahun di mana beliau telah dipaksa untuk memegang naskah Yasin bernilai RM20.
Isu menjadi lebih tegang apabila lelaki bernama Amir ini menolak tawaran membeli naskah Yasin kerana tidak berada dalam keadaan berwuduk sekaligus membuatkan beliau menjadi mangsa carutan remaja Rohingnya tersebut serta turut dilabel sebagai kafir.
Geng!! Tak patutkan aku cepuk muka budak rohingya dkt depan bukit bintang tu kan? Sbb dia paksa aku beli yasin harga RM20. Dia suruh aku pegang, bila aku taknak dia f*ck kan aku & ckp aku kafir rasanya. Bkn bdk sgt, tp dlm umur 15thn cmtu. Aku xnk pegang sbb aku xde air smbhyg.
— ๐นัะฝe Khey Amir๐น (@Thehulkey) October 4, 2022
Beliau yang masih mempunyai rasa hormat pada ketika itu memilih untuk memegang naskah Yasin tersebut dengan berlapik namun bukan untuk membeli sebaliknya memberi semula kepada seorang lagi warga Rohingnya yang difahamkan adik kepada remaja berkenaan.
Namun sekali lagi remaja Rohingnya itu mendesak dan memegang beg Amir membuatkan Amir memilih untuk memukul muka remaja berkenaan. Menurut kenyataan Amir, beliau berkelakuan sedemikian bukan untuk kerana baran namun kerana diancam.
Tp bila ada rasa ancaman kt diri, automatik bdn gerak sendiri. Hilang kawal terus. Then diorang lari lah bila dah kena. Aku xsempat nak minta maaf. Diorang ni dah makin melampau pulak rasanya. Mybe org lain dia buat camtu ok. Tp trsilap org. Haih aku rasa brdosa ๐ซ
— ๐นัะฝe Khey Amir๐น (@Thehulkey) October 4, 2022
Insiden yang berlaku telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen. Walau bagaimanapun, rata-rata netizen bersetuju sesetengah daripada golongan ini sangat melampau dan sering mendesak warga Malaysia untuk memberi mereka wang.
Berikut merupakan rakaman dan pengalaman netizen yang berdepan dengan isu melibatkan warga Rohignya di Malaysia ini.
Tak bagi , marah pulak ๐๐ปโโ๏ธ pic.twitter.com/FEaz8tSquY
— ๐๐ป๐ด๐ป (@RizannnKA) January 2, 2022
Rohingya bukit bintang ada orang besar jaga belakang dorang. Itu yang dorang tak goyang apa apa. Lagi lagi yang jenis pau parking awam rm10-rm15.
— adams (@admfrz) October 5, 2022
depan mcd bukit bintang ada budak perempuan muka takut takut datang mintak duit kat husband i. husband tak bagi pastu budak tu cubit tgn husband sampai tekopek kulit pastu dia blah. benda jadi cepat sgt tak sempat nak marah balik๐
— Henloo๐ฆ (@ardeleee) October 5, 2022
Sementara itu, terdapat seorang netizen yang memaklumkan menyentuh tulisan Surah Yasin mewajibkan seseorang untuk berwuduk kerana dikira sebagai mushaf.
Sekiranya terdapat terjemahan atau tafsir sekali yang lebih banyak daripada tulisan Surah Yasin membolehkan pengguna menyentuhnya tanpa wuduk. Walau bagaimanapun, disunatkan untuk mengambil wuduk sebelum memegangnya.
1. Kalau full tulisan Surah Yasin, tak boleh sentuh tanpa wuduk. Dikira sebagian mushaf. Wajib berwuduk
2. Kalau ada terjemahan/tafsir sekali & lebih byk drp tulisan Surah Yasin, hukumnya harus sentuh tanpa wuduk
3. Sunat amik wuduk sblm pegang https://t.co/wjGzzSXYdB
— Ell ๐๏ธ๐ฒ๐พ๐ต๐ธ (@mamma_ell) October 6, 2022
Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen mengharapkan pihak kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab mengambil langkah dalam memastikan aktiviti melibatkan golongan ini tidak menular yang sekaligus menjadi ancaman kepada rakyat Malaysia sendiri.