Peminat sukan tanah air meluahkan kemarahan mereka di media sosial apabila tidak puas hati melihat tindakan pelumba Jepun, Shinji Nakano melanggar jaguh negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara final keirin lelaki Sukan Olimpik Paris 2024.
Nasib nyata tidak menyebelahi Shah Firdaus apabila hampir-hampir untuk meraih gangsa namun dia terbabit dengan kemalangan bersama Jack Carlin (Great Britain) dan Shinji Nakano ketika dihujung perlumbaan.
Baca Juga:
Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, Shinji Nakano dilihat sengaja menolak Shah Firdaus sehingga menyebabkan beliau terjatuh bersama Jack Carlin sekaligus gagal menamatkan perlumbaan.
Dia tolak Shah Firdaus sampai jatuh wtf pic.twitter.com/IZw7djuFx1
— izzi (@IzzraifHarz) August 11, 2024
Disebabkan insiden itu, netizen Malaysia bertindak menyerang laman instagram pelumba Jepun tersebut dengan meninggalkan kata-kata kesat dan pelbagai kecaman di ruang komen.
Sehingga artikel ini ditulis, laman instagram tersebut kini sudah dibanjiri lebih 20,000 komen yang kebanyakannya daripada rakyat Malaysia.
Perform habis rakyat Malaysia. Terus maki kat Instagram Shinji Nakano lepas dia tolak Shah Firdaus. ๐๐ป #Paris2024 #CyclingTrack pic.twitter.com/MRrpIVa16h
— ๐๐๐ค๐ฅ๐ฅ๐ฅ๐ฅ๐ฅ๐ฅ๐ฅ โจ๐๐ฒ๐พ (@nikkhazami) August 11, 2024
https://twitter.com/HoomanBlack/status/182260432407123184
Perlumbaan itu dimenangi oleh Harrie Lavreysyen (Belanda) manakala perak milik Matthew Richardson (Australia) dan gangsa Matthew Glaetzer (Australia).
Akibat daripada kemalangan tersebut, Shah Firdaus mengalami kecederaan dan terpaksa dipapah keluar oleh petugas pasukan untuk mendapatkan rawatan.
Berjuang hingga titisan darah terakhir, Shah Firdaus Sahrom! ๐ซก๐ฒ๐พ@ASTROARENA pic.twitter.com/zvkTBPZJQ1
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 11, 2024
Dengan perkembangan terkini itu, bermakna tamat sudah perjuangan atlet negara di Paris 2024 sekali gus menyaksikan Malaysia perlu menunggu empat tahun lagi di Los Angeles 2028 (LA28) untuk memburu emas pertama.