Harapan peminat sukan tanah air untuk melihat kutipan pingat terakhir Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak kesampaian apabila menamatkan perlumbaan final hari ini di kedudukan keempat.
Nasib nyata tidak menyebelahi Shah Firdaus apabila hampir-hampir untuk meraih gangsa namun dia terbabit dengan kemalangan bersama Jack Carlin (Great Britain) dan Shinji Nakano (Jepun) ketika dihujung perlumbaan.

Baca Juga:
Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, Shinji Nakano dilihat menolak Shah Firdaus sehingga menyebabkan beliau terjatuh bersama Jack Carlin sekaligus gagal menamatkan perlumbaan.
Dia tolak Shah Firdaus sampai jatuh wtf pic.twitter.com/IZw7djuFx1
— izzi (@IzzraifHarz) August 11, 2024
Shah Firdaus ditimpa kemalangan menuju garisan penamat ketika dia tampak berada di kedudukan ke-3.@ASTROARENA pic.twitter.com/DJSpvjbg1W
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 11, 2024
Insiden tersebut menyebabkan Shah Firdaus terlepas peluang untuk meraih pingat gangsa dan ia memudahkan Matthew Glaetzer dari kedudukan belakang memintas 3 pelumba yang terjatuh.
Perlumbaan itu dimenangi oleh Harrie Lavreysyen (Belanda) manakala perak milik Matthew Richardson (Australia) dan gangsa Matthew Glaetzer (Australia).
Akibat daripada kemalangan tersebut, Shah Firdaus mengalami kecederaan dan terpaksa dipapah keluar oleh petugas pasukan untuk mendapatkan rawatan.
Berjuang hingga titisan darah terakhir, Shah Firdaus Sahrom! 🫡🇲🇾@ASTROARENA pic.twitter.com/zvkTBPZJQ1
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 11, 2024
Dengan perkembangan terkini itu, bermakna tamat sudah perjuangan atlet negara di Paris 2024 sekali gus menyaksikan Malaysia perlu menunggu empat tahun lagi di Los Angeles 2028 (LA28) untuk memburu emas pertama.
Kontinjen negara menamatkan saingan di Paris 2024 dengan meraih dua gangsa dalam sukan badminton menerusi beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pemain profesional perseorangan negara, Lee Zii Jia.