Adik kepada Shah Firdaus Sahrom iaitu Ridwan Sahrom kecewa dengan tindakan netizen Malaysia yang menghentam Shinji Nakano di ruangan IG pelumba Jepun itu.

Shinji Nakano menjadi subjek kecaman netizen apabila tindakannya menolak Shah Firdaus sehingga kemalangan telah membunuh prospek pingat Malaysia.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Didakwa Sengaja Tolak Shah Firdaus, Netizen Serang IG Pelumba Jepun

Kejadian itu berlaku pada aksi final keirin di Paris 2024.

Netizen benar benar marah dengan Nakano yang dianggap tiada semangat kesukanan. Dan berharap pelumba berusia 25 tahun dari Jepun itu digantung kerana tindakannya yang memudaratkan pelumba lain.

Adik Shah Firdaus meminta netizen menghentikan serangan berbaur buli siber ke atas atlet ini.

Dipetik dari laman Stadium Astro, Ridwan Sahrom berkata: “Kepada semua peminat sukan Malaysia, tolong jangan serang negara lain berkaitan kemalangan dalam final keirin Sukan Olimpik melibatkan Shah dan pelumba Jepun.

“Dalam perlumbaan keirin, segalanya boleh berlaku, kita tidak boleh menyalahkan atau menghakimi apa yang berlaku, sama ada ia satu kemalangan atau tidak.

“Tolong kekal tenang dan tidak menyerang/komen yang buruk di media sosial pelumba Jepun itu.”

Ridwan Sahrom sendiri berasa sangat sedih dan menitiskan air matanya melihat pengakhiran yang menyayat hati melibatkan abangnya dalam acara keirin Olimpik 2024 kali ini.

Dengan ini bermakna berakhirnya harapan emas Malaysia di Paris 2024. Dan fokus selepas ini adalah LA2028. Persiapan rapi harus dilakukan untuk memastikan penantian emas untuk Malaysia berakhir.