Aplikasi Grab sehingga kini sangat popular di kalangan masyarakat tempatan kerana memudahkan urusan seharian seperti membeli makanan atau penghantaran barangan kepada seseorang.
Namun, dengan lambakan jumlah rider yang bekerja sepenuh masa serta keadaan ekonomi yang tidak stabil telah memaksa syarikat Grab untuk menstrukturkan harga fare baharu yang lebih rendah.
Baca Juga:
- Pelajar China Kena Pukul Dengan Pemandu Grab Sebab Tutup Pintu Kereta Kuat
- Rider Hilang Kerja, Akaun Grab Kena Gantung Selepas Tular Tegur Warga Singapura
Baru-baru ini ,tular hantaran seorang individu menerusi grup Grab di Facebook yang mendakwa dia sengaja membuka aplikasi Grab namun tidak mengambil tempahan kerana mahu “sidai” pelanggan di aplikasi tersebut.
“Sapa yang on Grab, tapi masih di rumah (atas katil/sofa/sambil tengok tv), on semata-mata hobi kita nak sidai customer, kita geng,” tulisnya menerusi hantaran status di kumpulan Grab.
Difahamkan ada segelintir rider Grab yang sengaja berbuat sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan tawaran fare yang terlalu rendah pada hari ini.
Bagi mereka, setiap tugasan yang diberikan sudah tidak berbaloi lagi ditambah pula dengan bahaya yang dihadapi di jalan raya dan juga jumlah tempahan yang tidak menentu.
Hantaran individu itu telah dikongsikan secara meluas di media sosial dan menerima pelbagai reaksi netizen menerusinya.
Rata-rata telah membidas tindakan rider tersebut kerana menyusahkan pihak pelanggan yang benar-benar memerlukan servis penghantaran itu.
Dalam pada itu, ramai menasihatkan mereka untuk melakukan bantahan menerusi saluran yang betul dan bukan dengan menganiaya pelanggan yang tidak bersalah. Ada yang menyarankan mereka untuk mencari kerja lain sebagai solusi alternatif.