Dr. Syamsul Hirdi bin Muhid dahulu pernah menjadi bualan peminat ketika dia menyertai program Akademi Fantasia 4 dengan nama pentasnya Diddy.

Diddy juga pernah popular dengan lagu Hilang. Dan kemudian karier seninya tidak segah rakan rakannya yang lain.

Baca Juga:

Walaupun namanya sudah rancak tidak disebut di dalam bidang hiburan, namun Diddy sebenarnya bukan calang calang orang.

Beliau merupakan selebriti yang memiliki gelaran Doktor Falsafah (Phd).

Diddy merupakan pemegang Ijazah Kedoktoran dalam bidang Muzik pada 2022 dari University of Liverpool. Sebelum itu di peringkat Ijazah Sarjana Muda pula, beliau adalah lulusan UUM dalam jurusan Komunikasi.

Kini beliau memulakan tugasnya sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni bagi Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Universiti Utara Malaysia bermula 1 Januari yang lalu.

@sinarplus

Wah, tahniah Dr Diddy! Dulu penyanyi kini Timbalan Dekan, kejayaan yang menjadi inspirasi #diddyaf #drdiddy #UUM #pensyarah #sinarplus #inspirasi #lifestylesinarharian

♬ The Champion – Lux-Inspira

Bercakap kepada Media Hiburan, Diddy menegaskan bahawa ianya satu tanggungjawab yang besar untuknya. Sambil merendah diri, Diddy berkata segalanya serba baharu untuknya sekali ahli akademik yang baru.

Diddy menambah: “Saya bergelar penyarah kanan pada 2021 dan saya anggap pelantikan ini satu lonjakan yang sangat drastik dalam karier saya selain satu pencapaian yang sangat besar.”

Lantas Diddy berharap dia akan dapat menggalas tanggungjawab sebesar itu di bahunya dengan sebaik mungkin.

Diddy menjelaskan bidang kerja baharunya itu lebih banyak membuatkan beliau terlibat dalam isu hal ehwal pelajar termasulah berkaitan kebajikan dan akademik para siswa siswi.

Diddy tidak mahu bercakap banyak tentang kerjanya. Kerana menurut beliau dia seorang yang lebih suka membiarkan hasil kerjanya yang ‘bercakap’.

Diddy juga menegaskan dia tak pernah terfikir atau menitipkan doa untuk menggalas jawatan sebesar itu.

“Tak pernah dalam doa dan cita-cita saya untuk memegang jawatan tertinggi di pusat pengajian ini,” tegas beliau lagi.

Ramai peminat yang pernah mengikuti karier Diddy dan masih setia mengikuti perkembangannya berbangga dengan Diddy. Menurut mereka inilah bukti seorang lelaki kacak dan berotak geliga ataupun handsome with brain.

Siapa sangka dari pentas Akademi Fantasia 4, Diddy kini menjadi timbalan dekan di SCIMPA.

Walaupun kini terlibat dalam dunia pendidikan namun Diddy mengakui dia masih aktif menyanyi dengan memenuhi undangan majlis di sekitar Utara.

Diddy masih mencari formula bersama dengan Dr Azmeer dan Dr Fitri Haris dalam usaha menghasilkan lagu yang hits.