Legenda Itali, Alessandro Del Piero, meluahkan rasa kecewa terhadap kemerosotan serius bola sepak negaranya, Itali selepas prestasi hambar kelab-kelab Serie A di pentas Eropah musim ini.

Hanya Atalanta yang berjaya mara ke pusingan 16 akhir pada musim ini dalam saingan UCL.

Del Piero Mahu Menangis

Situasi ini jelas menggambarkan jurang kualiti dan kestabilan yang semakin melebar antara Serie A dan liga-liga utama Eropah lain. Sedangkan satu ketika dahulu, kelab kelab Serie A sangat digeruni di peringkat Eropah.

Del Piero berkata: “Boleh tak kalau saya Menangis? Sebab bola sepak negara saya sedang dalam fasa sukar.

Menurut beliau, punca utama kemerosotan ini ialah tahap pelaburan yang rendah serta kegagalan membangunkan infrastruktur seperti stadium moden.

Beliau turut mempersoalkan sistem pembangunan bakat muda Itali apabila dua pemain Itali muda beraksi bersama Dortmund berbanding membina nama di tanah air sendiri.

Azzurri Turut Dalam Bahaya

Lebih membimbangkan, pasukan kebangsaan Itali kini perlu menang ke atas Wales national football team atau Bosnia and Herzegovina national football team dalam aksi penentuan di tempat lawan bagi mengelak kegagalan layak ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.

Satu tamparan besar buat negara yang pernah menjulang trofi dunia pada 2006 — ketika Del Piero masih menjadi tonggak utama.

Masalah Struktur & Hutang

Del Piero menegaskan kelab Itali perlu lebih berdisiplin dari sudut kewangan dan tidak terlalu bergantung kepada pemilik untuk “menulis cek besar” setiap hujung musim.

Serie A
Foto: Reddit

Beliau juga mengkritik budaya pertukaran pemain yang terlalu kerap antara kelab-kelab besar Serie A, menyifatkannya sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada ketidakstabilan jangka panjang.

Del Piero berkata: “Stadium kami dah uzur. Pemain muda kami tidak membangun sebaiknya. Dortmund ada 2 pemain muda Itali dalam skuad mereka.

“Kenapa mereka tidak bermain untuk kelab kami?

“Saya rasa, Serie A perlu memperkasakan lagi kawalan perbelanjaan dan hutang kelab.

“Sebab tak semua kelab ada pemilik macam Juventus yang boleh mengeluarkan cek EUR200 juta setiap tahun.”

Klinsmann: “Sangat Memalukan”

Legenda Jerman, Jurgen Klinsmann, menyifatkan situasi ini sebagai sesuatu yang memalukan buat seluruh peminat bola sepak Itali.

Menurutnya, Inter langsung tidak menunjukkan keyakinan untuk bangkit ketika menentang Bodo/Glimt walaupun stadium penuh dan suasana cukup membara.

“Mereka tidak pernah mencipta peluang yang benar benar bagus. Semuanya separuh peluang. Mereka gagal meningkatkan tempo permainan.”

Jelas sekali, bola sepak Itali kini berada di persimpangan getir.

Persoalannya — adakah ini sekadar musim yang malang, atau petanda bahawa Serie A semakin jauh ditinggalkan dalam perlumbaan bola sepak moden Eropah?