Trend pemakaian pakaian bundle bukanlah perkara yang asing dalam kalangan masyarakat kita malah terdapat banyak kedai-kedai menjual pakaian terpakai yang kebiasannya diimport dari luar negara ini.
Namun jika sebelum ini kita sering dihidangkan dengan kisah-kisah menarik mengenai peminat-peminat bundle, kali ini lain pula buat wanita ini yang mempunyai pengalaman berbeza daripada apa yang selalu kita dengar sebelum ini.
Menerusi satu perkongsian yang dibuat di Twitter sejak semalam, @Billiesya berkongsi kisah seram bagaiamana rakannya melalui pengalaman seram selepas membeli sehelai baju dari salah sebuah kedai pakaian terpakai di Pahang.
So then balik basuh, mmg hilang darah tu. Then mcam biasa lah kita keluar ootd pe semua okay je but one day dia mimpi yang ad orang cari dia. dia kata " aku nk barang aku ". dia terkejut. dia terjaga. bangun 3 pgi ws aku ckp xleh tido.
— Aisya (@billiesya) June 23, 2020
Episod rakannya diganggu ketika tidur itu menurutnya berlanjutan sehingga seminggu sebelum mereka akhirnya memutuskan untuk berjumpa dengan seorang ustaz bagi mendapatkan nasihat mengenai perkara itu.
Selepas bertemu dengan ustaz tersebut, mereka kemudiannya ditanya sama ada pernah membeli barang-barang dari rakannya atau dari ‘kedai-kedai yang pelik’ sekaligus mengingatkan kembali mereka pernah membeli pakaian bundle sebelum ini.
Time tu baru teringat mmg double confirm ah . jumpa balik ustaz bgtau psl baju tu. ustaz pun ckp " kalau mcm tu kita g jumpa owner kedai " . Kawan aku setiap malam tido ngn adik² dia sebb takut. Tiap² malam kibas katil, lepstu ustaz ad baca2 air tu, air tu renjis dekt atas katil
— Aisya (@billiesya) June 23, 2020
Selepas mendapatkan nasihat ustaz tersebut, dia dan rakannya kemudian memutuskan untuk kembali ke kedai bundle tersebut bagi bertanyakan kembali kisah di sebalik baju yang dibeli rakannya sebelum ini.
Walaupun pemilik kedai tersebut enggan membuka mulut pada awalnya, namun mereka bernasib baik kerana ustaz yang turut datang bersama mereka mengetahui sekiranya seseorang itu berbohong atau tidak.
Dia ckp baju yg dia amik tu baju dari orang yg meninggal excident motor. ustaz tanya lah mcm mana dia amik pesemua. So dia cerita lah dri a-z. Ustaz pun cakap " Kalau awak tau siapa tuan punya baju, lebih baik awak pulangkan secepat mungkin ".
— Aisya (@billiesya) June 23, 2020
Selepas mengetahui kisah sebenar di sebalik baju bundle yang dibeli, rakannya itu menurutnya terus memulangkan baju tersebut.
Bagaimanapun, rakannya itu terpaksa dirawat sehingga seminggu selepas kejadian itu kerana mengalami kesukaran untuk tidur kerana masih teringat-ingat akan kejadian tersebut.
Baik nya : Check dulu sebelum beli.
Buruknya : Kalau takut jangan beli.Cerita ni mmg citer betul, tpi dah lama lebih kurang 2017 mcm tulah. Aku teringat smpai sekrg. Aku jarang beli bundle tp itu tak bermakna aku x pakai langsung. selalu aku beli kt jalan² japan.
— Aisya (@billiesya) June 23, 2020
Perkongsian yang dibuat gadis tersebut sehingga kini sudah mencatatkan hampir 9,000 retweet dan lebih 16,000 likes di Twitter. Baca perkongsian penuh dari @Billiesya di sini.
Thread baju bundle berhantu
— Aisya (@billiesya) June 23, 2020
Baca juga kisah lelaki ini yang berjaya membina empayar bundle-nya yang tersendiri dengan hanya bermodalkan RM100 di pautan di bawah.
Bermula Dengan Modal RM100, Penjual ‘Bundle’ Berjaya Beli Rumah Buat Keluarga Di Usia 20 Tahun
‘AIZATBAKERCO’ Kedai Bundle Yang Anda Perlu Singgah Jika Ke Batu Pahat