Pemain kelab Putra Jaya Pasuruan, Hilmi Gimnastiar dikenakan penggatungan seumur hidup daripada bermain bola sepak oleh Persatua Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
Ini selepas dia melakukan aksi seperti kungfu itu menyebabkan pemain lawan terbaring dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
Muhammad Hilmi Gimnastiar menendang pemain lawan ketika perlawanan Liga 4 Kapal Api Piala Gabenor Jawa Timur 2025–2026 antara Putra Jaya Pasuruan menentang Perseta 1970 Tulungagung.
Jawatankuasa Disiplin PSSI Jawa Timur menganggap bentesan itu adalah tidak ada semangat kesukanan dan memudaratkan nyawa lawan dengan bentesan ganas.
Menurut laporan, Hilmi sempat memberitahu pengadil bahawa dia memenangi bola.
Namun jelas sekali perbuatannya itu tidak dapat diterima pengadil dan menimbulkan suasana tegang antara pemain kedua dua pasukan.
Akibat insiden tersebut, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian dada dan dinilai berpotensi memberi kesan jangka panjang.
Oleh sebab itu, Jawatankuasa Disiplin menilai tindakan itu sebagai pelanggaran berat yang dikategorikan sebagai violent conduct.
Insiden tersebut berlaku pada 6 Januari yang lalu. Dan video insiden tersebut mulai tular di serata dunia menerusi platform media sosial.
"I got the ball ref!"
A 4th division game in Indonesia saw this absolutely horrific kick on a player, despite the ball being on the floor…..
The player has been banned for LIFE as a consequence.
pic.twitter.com/5l6FRqbceg— Attacking Football (@AttackingFooty) January 10, 2026
Ramai yang menganggap hukuman dikenakan ke atas Hilmi itu sebagai patut. Kerana dia jelas sekali tidak layak untuk berada di atas padang bola sepak.