Selain iringan doa, rakyat Malaysia juga sentiasa menyalurkan sumbangan kewangan kepada negara Palestin yang kian tenat. Malah, sebahagian individu sanggup menjual barangan atau harta mereka yang kemudiannya disalurkan kepada NGO solidariti Palestin di luar sana.

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kini memaklumkan bahawa beliau bakal melakukan bidaan jam Rolex kesayanganya buat Palestin menerusi platform X. Difahamkan bidaan dibuat secara serentak di semua platform media sosial miliknya.

Baca Juga:

Dihadiahkan Oleh Raja Arab Saudi, Dr Zulkifli Lelong Jam Rolex Kesayangan Demi Bantu Palestin
Sumber Gambar: X @drzul_albakri
Dihadiahkan Oleh Raja Arab Saudi, Dr Zulkifli Lelong Jam Rolex Kesayangan Demi Bantu Palestin
Sumber Gambar: X @drzul_albakri

Beliau mahu membuka bidaan dengan harga tapak RM40,000 serta kenaikan bermula RM100 dan ke atas. Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana.

Dalam pada itu, beliau menceritakan serba sedikit bagaimana boleh menerima jam mewah berjenama Rolex daripada Kerajaan Arab Saudi itu.

Latar belakang jam Rolex

Kisahnya bermula pada Februari 2017 apabila beliau mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara.

Beliau selaku Mufti Wilayah Persekutuan Mufti Wilayah Persekutian diminta oleh kerajaan untuk mewakili semua para mufti dan para ulama Malaysia, menyampaikan ucapan di hadapan Raja Saudi Malik Salman bin Abdulaziz hafizahullahu ta’ala dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia.

Beberapa hari selepas majlis berkenaan di St. Regis Hotel, beliau dihubungi pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia. Difahamkan beliau mempunyai kiriman cenderamata daripada Raja Saudi dan lalu meminta pengawai, Dr. Aizam untuk mengambilnya.

Beliau tidak pernah membuka kotak cenderamata tersebut sepanjang dilantik sebagai Menteri dan ia disimpan di pejabat Putrajaya lalu berpindah ke pejabat kedua di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

Beliau hanya membuka kotak cenderamata itu selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri pada tahun 2021. Kemudian, barulah beliau memakainya sebagai tanda perhargaan atas derma kurnia daripada Raja Saudi.

Dalam pada itu, Raja Salman turut berpesan kepada Dr Zulkifli untuk sentiasa bersederhana, mengutamakan perpaduan ummah dan memartabatkan agama yang mana beliau sentiasa semat di dalam hatinya.

Untuk makluman, jam mewah Rolex ini memang diminati oleh golongan elit kerana menjadi simbolik kepada kemegahan dan status seseorang. Jam hasil buatan Switzerland ini kebiasaannya dijual pada harga bermula $5,000 bersamaan RM23,785 dan nilainya bakal meningkat kerana permintaan semasa yang tinggi.

Kemas kini mengenai bidaan, setakat ini bidaan sudah mencecah RM95,000 yang mana dijangka akan meningkat tinggi lagi kerana sambutan yang menggalakkan.