Jika dilihat daripada gaya berpakaian Jep Sepahtu, beliau merupakan antara yang paling simple ketika berpakaian. Cuma ada masa, Jep Sepahtu boleh menjadi antara pelawak paling bergaya dalam industri.
Baca Juga:
- Walaupun Nama Pernah ‘Dihancurkan’, Mamat Sepah Akui Sudah Ampunkan Jep Dan Shuib
- iPhone 14 Pro Max Dengan Jam Rolex Daytona Terbina Ditawarkan Pada Harga RM621,846
- Peminat Bidas Shuib Sepahtu Bangga Jadi Pencetus Fenomena Ubahsuai ‘Ysuku’
Baru-baru ini Jep menjadi bualan ramai selepas koleksi jam tangan miliknya meraih perhatian peminat. Menerusi Instagram milik beastlab_, penyampai radio berumur 37 tahun itu dilihat menggayakan jam tangan mewah jenama Rolex yang dianggarkan berharga RM89,000.
Dalam satu gambar beliau bersama Imam Muda Asyraf, Jep dilihat menyarung jam tangan Rolex Submariner ‘Starbucks’, antara model rare keluaran Rolex.
Bukan model ini sahaja, ada peminat yang tajam matanya turut memuji jam tangan Rolex Cosmograph Daytona Oystersteel yang dipakai Jep dalam satu perkongsian gambar di Instagram miliknya sebelum ini.
Menjengah di ruangan komen Instagram tersebut, ramai warganet yang memuji sikap rendah diri pemilik jam Rolex, Muhd Nadzri Zainal Abidin yang tidak pernah menunjuk kemewahan kepada umum.
Selain itu, ada juga netizen yang ‘memetik’ jenama kereta Bentley yang dipandu Jep yang dianggarkan berharga ratusan ribu ringgit. Kereta ini pun ditunjuk secara sipi sahaja oleh Jep.
Netizen juga menambah Jep Sepahtu memang seorang yang menjaga penampilan tetapi bukan individu yang suka menunjuk koleksinya kepada umum. Cuma yang ‘kenal barang’ akan tahu apa yang Jep pakai di tangannya.