Selepas lama berdiam diri, pelawak Jep Sepahtu akhirnya buka mulut dan mendedahkan punca Shuib tidak muncul di Sepahtu Reunion Live (SRL) serta mahu mengakhiri semua spekulasi yang ada.
Menerusi perkongsian Jep di Instagram miliknya, Jep memaklumkan semuanya bermula apabila Shuib digantung daripada menyertai SRL selama dua minggu susulan satu babak didakwa lucah sehingga menerima kecaman ramai.
Baca Juga:
- Peminat Bidas Shuib Sepahtu Bangga Jadi Pencetus Fenomena Ubahsuai ‘Ysuku’
- Sarung Jam Tangan Rolex RM89,000, Netizen Puji Jep Sepahtu Kekal ‘Humble’ Dan Tidak Menunjuk
- Orang Ramai Beratur Sehingga 3KM Untuk Hadir Ke Temuduga Syarikat Shuib Sepahtu
Walaupun sudah memohon maaf tetapi Jep mendakwa Shuib seolah-olah tidak dapat menerima tindakan yang dikenakan oleh pihak Astro menggantung dirinya selama dua minggu.
“Lalu dia memberi kata dua sekiranya dia masih digantung 2 minggu dia memilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal. Musim berganti musim, musim baru SRL pun tiba.
“Tidaklah kami melutut memujuk tapi kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya. Senyap tak ada berita. Mahu tak mahu kami teruskan juga tanpa dia.” tulis Jep.
Tambahnya, Sepahtu tidak pernah membuang Shuib dan menunggu kepulangannya ke SRL. Dalam pada itu, Jep mengakui dia tawar hati namun tidak berdendam atau pun marah serta turut mendoakan kejayaan Shuib dengan siapapun dia bersama.