Jep Sepahtu tampil memberikan kenyataan berhubung isu yang didakwa melibatkan dirinya dan Shuib Sepahtu.

Menerusi satu kenyataan panjang, Jep mengakui sudah memohon maaf walaupun mendakwa pelbagai perkara telah dilakukan terhadapnya.

Dia turut meluahkan rasa muak dengan isu tersebut dan meminta Shuib tidak lagi memainkan sentimen persahabatan mereka di hadapan umum.

“Aku dah minta maaf walaupun macam-macam dah kau buat kat aku. Aku dah tersangat muak dengan isu ini.

“Aku tak kisah pun kau tak reply WhatsApp aku tapi janganlah depan public kau wayang kononnya kau lah yang terpaling mulia dalam bersahabat,” katanya.

Shuib tunggang isu persabahatan untuk publisiti

Jep turut mendakwa Shuib menggunakan isu persahabatan mereka sebagai bahan pemasaran dan mengungkit kenyataan lama mengenai prinsip “bad publicity is still publicity”.

Menurut Jep, dia tidak berminat dengan publisiti sedemikian dan meminta agar perkara tersebut dihentikan.

“Sudah-sudahlah main sentimen persahabatan untuk kau punya marketing. Game apa sebenarnya yang kau nak main ni? Ke kau tengah khayal?” katanya.

Dalam kenyataan sama, Jep turut membangkitkan dakwaan berkaitan bayaran yang disebut dalam sebuah podcast.

Jep terasa hati

Jep turut berkongsi klip video di mana dalam satu siaran Dol Podcast, Mamat menggunakan perumpamaan: “Ada kumpulan pelawan di Alaska. Kalau bayaran RM50,000, yang seorang ambil RM40,000, baki RM10,000 lagi dibahagikan yang lain. Sedangkan komitmen sama.”

Shuib pula terus menyambung: “Itu di Alaska 3 orang. Aku pernah jumpa di Argentina ada kumpulan pelawak yang berdua, sama juga. Seorang tu ambil RM40,000 dan seorang lagi dapat RM10,000 sahaja.”

Mamat sempat mencelah bahawa pelawak tersebut dahulunya bertiga kini berdua. Sambil mereka ketawa.

Jep terasa hati dengan kenyataan tersebut. Jep menjelaskan bahawa urusan pembayaran sebelum ini dibuat secara individu dan bukannya melibatkan satu kumpulan seperti yang didakwa.

“Lagi satu Rahim ada tunjuk aku video podcast kau cakap pasal payment. Kita tak pernah deal payment untuk kumpulan. Dari dulu semuanya deal individu,” jelasnya.

@infiru.my

Lagi pasal isu payment. Jep berang dengan Shuib, “jangan asyik burukkan orang untuk tutup pekong kau, aku ada anak syurga yang perlukan lebih perhatian, jangan ganggu aku” tulisnya #infirumy

♬ Paper Lantern Tide – Old Pipe Repairman

Jep kemudian mencabar supaya perkara tersebut dijelaskan secara terbuka sekiranya benar terdapat isu berkaitan pembayaran.

“Kalau betul memang ada cerita pasal payment tu, gentle sebut la nama, senang sikit aku nak hantar LOD,” katanya.

Pada masa sama, Jep mendakwa dirinya cuba diburukkan menerusi podcast dan menafikan dirinya mengambil hak orang lain.

Dia turut menyentuh mengenai isu bayaran EPF pekerja, selain mendakwa dirinya sentiasa menjaga sumber pendapatan yang diperolehinya.

Jep juga menyatakan dia mahu memberi tumpuan kepada keluarganya dan meminta Shuib menghentikan segala perkara yang boleh mengganggu kehidupannya.

“Pesanan terakhir aku jangan ganggu aku yang tengah sibuk beri perhatian besarkan dua anak syurga aku.

“Kalau hidup kau tak tenang itu kau punya pasal. Jangan ganggu hidup orang lain. Jangan asyik burukkan orang untuk tutup pekong kau,” katanya.

Kenyataan Jep itu dilihat sebagai respons terbuka terhadap isu yang tercetus antara dua sahabat dan bekas anggota Sepahtu tersebut.

Selain itu Jep juga seolah olah mahu menafikan bahawa dia yang mengelak daripada Shuib. Jep menunjukkan tangkap layar perbualan WhatsApp, di mana kali terakhir Shuib membalas mesejnya adalah pada 4 tahun yang lalu.