Jep Sepahtu tampil berkongsi bukti pembayaran zakat yang dia buat sejak 2015 sehingga 2025.

Di mana Jep telah membayar zakat daripada RM25,000 sehinggalah RM300,000. Jep tidak pernah lari daripada tanggungawabanya untuk menunaikan zakatnya sejak tempoh tersebut.

Jep mendedahkan bahawa dia memuat naik resit-resit tersebut bukan untuk menunjuk-nunjuk. Kerana selama ini Jep tidak pernah mendedahkan kepada umum tentang perkara tersebut.

Namun kali ini Jep hanya mahu menunjukkan bukti. Jep menegaskan bahawa pada zaman podcast ini, sesiapa sahaja boleh bercakap apa sahaja dengan bermodalkan air liur.

Selain itu Jep mahu menegaskan tentang prinsipnya untuk tidak mengambil hak orang lain. Sambil Jep mengucapkan terima kasih kepada majikannya yang memberikannya rezeki yang membolehkannya membayar zakat mencecah ratusan ribu ringgit.

Jep menulis di Instagram: “Resit ini untuk dibuktikan bukan dibanggakan. Kalau sembang semua orang boleh sembang. Lagi-lagi sekarang zaman podcast, modal air liur je lah.

“Alhamdulillah rezeki yang Allah titipkan pada aku dengan izin Allah aku turut berkongsi.”

“Mana mungkin hak orang pula aku nak ambil. Terima kasih Astro untuk Sepahtu Reunion & Sinar (2015-2025).”

Di ruangan komen rata-rata netizen mendoakan agar Jep Sepahtu dan keluarganya terus dilimpahkan rezeki yang lebih baik.