Jep Sepahtu kecewa dengan tindakan tetamu dan hos sebuah podcast telah menunggang namanya untuk dijadikan konten.

Baru baru ini ada sebuah podcast didakwa telah berkongsi cerita melibatkan nama Jep. Dan Jep tiada di dalam podcast sembang itu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Menurut Jep, cerita di dalam podcast tersebut banyak yang ditokok tambah.

Jep tidak menyebut nama podcast tersebut, dia cuma kecewa dengan namanya dipetik dan ditunggang untuk meraih tontonan dan publisiti.

Jep akui dia menerima banyak persoalan daripada peminatnya sama ada kisah yang diceritakan dalam podcast itu cerita betul atau tidak?

Jep malah menegaskan dia sebenarnya sudah malas melayan benda remeh seperti ini. Namun semakin dia biarkan semakin menjadi jadi pula mereka mempergunakan namanya.

Menerusi ruangan IG miliknya, Jep berkata: “Aku ni sebenarnya dah malas nak melayan hal hal yang remeh.

“Namun apabila dibiarkan semakin seronok pula mereka.”

Jep kemudian menyatakan kehairanannya, kenapa selalu namanya yang selalu ditunggang oleh pihak tersebut.

“Dah tidak ada nama lain ke nak tunggang?,” soal Jep lagi.

Menjelaskan sama ada kisah di dalam podcast tersebut. Jep mengesahkan rata rata kisahnya adalah rekaan semata mata. Lantas Jep berharap selepas ini tiada lagi yang bertanya kepadanya tentang cerita cerita

“Apa yang aku boleh katakan, cerita dalam podcast itu kebanyakannya direka dan ditokok tambah. Harap tiada yang bertanya lagi,” akhiri Jep.