Selain iringan doa, rakyat Malaysia juga sentiasa menyalurkan sumbangan kewangan kepada negara Palestin yang kian tenat. Malah, sebahagian individu sanggup menjual barangan atau harta mereka yang kemudiannya disalurkan kepada NGO solidariti Palestin di luar sana.

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kini memaklumkan bahawa beliau bakal melakukan bidaan jam Rolex kesayanganya buat Palestin menerusi platform X. Difahamkan bidaan dibuat secara serentak di semua platform media sosial miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: X @drzul_albakri
Sumber Gambar: X @drzul_albakri

Beliau mahu membuka bidaan dengan harga tapak RM40,000 serta kenaikan bermula RM100 dan ke atas. Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana.

Dalam pada itu, beliau menceritakan serba sedikit bagaimana boleh menerima jam mewah berjenama Rolex daripada Kerajaan Arab Saudi itu.

Latar belakang jam Rolex

Kisahnya bermula pada Februari 2017 apabila beliau mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara.

Beliau selaku Mufti Wilayah Persekutuan Mufti Wilayah Persekutian diminta oleh kerajaan untuk mewakili semua para mufti dan para ulama Malaysia, menyampaikan ucapan di hadapan Raja Saudi Malik Salman bin Abdulaziz hafizahullahu ta’ala dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia.

Beberapa hari selepas majlis berkenaan di St. Regis Hotel, beliau dihubungi pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia. Difahamkan beliau mempunyai kiriman cenderamata daripada Raja Saudi dan lalu meminta pengawai, Dr. Aizam untuk mengambilnya.

Beliau tidak pernah membuka kotak cenderamata tersebut sepanjang dilantik sebagai Menteri dan ia disimpan di pejabat Putrajaya lalu berpindah ke pejabat kedua di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

Beliau hanya membuka kotak cenderamata itu selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri pada tahun 2021. Kemudian, barulah beliau memakainya sebagai tanda perhargaan atas derma kurnia daripada Raja Saudi.

Dalam pada itu, Raja Salman turut berpesan kepada Dr Zulkifli untuk sentiasa bersederhana, mengutamakan perpaduan ummah dan memartabatkan agama yang mana beliau sentiasa semat di dalam hatinya.

@drzulkiflialbakri

JAM ROLEX UNTUK PALESTIN لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ Maksudnya: “Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 92) Kisahnya bermula pada Februari 2017 apabila saya mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara. Saya diminta oleh Kerajaan Malaysia – selaku Mufti Wilayah Persekutuan – untuk mewakili semua para mufti dan para ulama Malaysia, menyampaikan ucapan di hadapan Raja Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz hafizahullahu ta’ala dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia. Beberapa hari selepas majlis berkenaan di St. Regis Hotel, saya dihubungi pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia. Ada cenderamata yang dikirimkan daripada Raja Saudi kepada saya. Lantas saya minta pegawai saya Dr. Aizam untuk mengambilnya. Saya tidak buka kotak cenderamata tersebut. Ia disimpan di pejabat saya di Putrajaya, sehinggalah saya dilantik sebagai Menteri. Semasa saya menjawat jawatan Menteri, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat kedua saya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur. Apabila saya meletakkan jawatan sebagai Menteri pada 2021, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat peribadi saya. Di sana, barulah saya membukanya sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Saudi. Menjunjung kasih DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz atas derma kurnia yang amat bermakna ini. Titah Baginda untuk sentiasa bersederhana, mengutamakan perpaduan ummah dan memartabatkan agama sentiasa akan saya semat dalam hati. Dengan menjunjung titah tersebut dan meraikan kesungguhan Kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan billion dollar kepada Palestin saban tahun, saya ingin membuka bidaan jam Rolex kesayangan saya ini dengan harga tapak RM40,000. Kenaikan bermula RM100 ke atas. Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana. Saya buka kepada yang berminat, untuk membida di ruang komen.

♬ Atouna El Toufoule – Embun Senja

Untuk makluman, jam mewah Rolex ini memang diminati oleh golongan elit kerana menjadi simbolik kepada kemegahan dan status seseorang. Jam hasil buatan Switzerland ini kebiasaannya dijual pada harga bermula $5,000 bersamaan RM23,785 dan nilainya bakal meningkat kerana permintaan semasa yang tinggi.

Kemas kini mengenai bidaan, setakat ini bidaan sudah mencecah RM95,000 yang mana dijangka akan meningkat tinggi lagi kerana sambutan yang menggalakkan.