Pelakon dan personaliti TV terkenal, Ifa Raziah menafikan dakwaan sesetengah netizen yang menuduhnya sengaja membatalkan proses vaksinasi kerana tidak mendapat jenis vaksin yang diinginkan iaitu Pfizer.

Sebelum ini, Ifa telah memuat naik video di TikTok miliknya dimana beliau membatalkan janji temu vaksinnya kerana tidak dapat suntikan Pfizer di MITEC. Hal itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata mengecam tindakannya kerana sudah dapat janji temu tetapi menolaknya sebab tidak dapat jenis vaksin pilihannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran itu, Ifa menjelaskan bahawa dirinya mempunyai penyakit dan vaksin jenis Pfizer sahaja yang sesuai untuk keadaan dirinya sekaligus menafikan beliau memilih vaksin.

Walau bagaimanapun, Ifa tidak mendedahkan jenis penyakit yang dihidapinya dan juga menunjukkan sepucuk surat sebagai rujukan untuk mendapatkan vaksin yang bersesuaian sahaja.

Tambahnya, ia bukan soal melancong ke luar negara ataupun kualiti vaksin yang berbeza namun keadaan kesihatannya yang memaksa untuk beliau mendapatkan vaksin jenis itu.

Sementara itu, tahukah anda bahawa ada penerima vaksin yang memakai kostum T-Rex semasa mahu menerima vaksin? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

‘Bergaya’ Sebagai T-Rex Untuk Mengambil Vaksin, Perkongsian Gambar Ini Curi Perhatian Netizen

Caprice Mahu Buat Pendedahan Keadaan Sebenar Di Gaza Dalam Masa Terdekat

Sumber