Sejak Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan di Afghanistan, mereka telah mengambil langkah ekstrem dalam membina negara berlandaskan syariat. Namun langkah yang diambil telah menyebabkan pelbagai perkara disekat termasuklah berkaitan kriptowang.
Menerusi laporan terkini, pelabur kripto di Afghanistan dalam keadaan tersepit sama ada mematuhi perundangan Islam atau pun berpindah ke luar negara. Difahamkan Kementerian Penyebaran Kebajikan dan Pencegahan Maksiat di bawah pimpinan Taliban telah mewartakan kriptowang sebagai perjudian.
Baca Juga:
- Bahana Mempromosikan Kriptowang, Kim Kardashian Terpaksa Bayar Penalti RM5.86 Juta
- Dituduh ‘Scam’ RM279 Bilion, Interpol Keluar Notis Merah Kepada Pengasas Kriptowang Terra
Perjudian adalah diharam di dalam Islam, maka kriptowang secara automatik diklafikasikan sebagai haram. Oleh itu, penganalisa Chainalysis telah melaporkan bahawa terdapat penurunan jumlah kriptowang yang diterima warga Afghanistan selepas menikmati tempoh terbaiknya sebanyak $150 juta (~RM697 juta) pada Ogos dan September tahun lalu.
Sebagai rekod, sewaktu pengambil alihan Taliban pada Ogos 2021 menyaksikan penggunaan kriptowang yang di negara itu melonjak naik malahan Afghanistan tersenarai dalam kalangan 20 negara teratas yang mengamalkan sistem matawang digital tersebut.
Chainalysis menyifatkan penglibatan Taliban ke atas Afghanistan telah menyumbang kepada krisis crypto winter dalam pasaran kriptowang yang mana pelabur di sana terpaksa membuat tiga pilihan sama ada berpindah keluar, menghentikan operasi atau lebih teruk lagi ditangkap.