Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) tampil mempertahankan ketua pasukan, Jordi Amat selepas pemain itu mendapat kritikan di media sosial baru-baru ini.

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, TMJ menegaskan peminat tidak sepatutnya menyalahkan satu pemain sekiranya pasukan sedang kalah atau dibolosi ketika perlawanan.

Baca Juga:

Jordi Amat
Sumber Gambar: TMJ

“Tahun ini bolos lebih rendah berbanding tahun sebelum ini dalam sejarah kelab. Jordi merupakan ball playing defebnder yang sesuai dalam falsafah kami. Jikalau menang kami semua menang dan apabila kalah kami semua kalah.

“Sama juga macam bolos. Bukan seorang pemain yang patut disalahkan tetapi satu pasukan. Sebelum bercakap nilai berdasarkan fakta,” kata TMJ.

baru-baru ini, Jordi Amat membantu JDT memenangi Piala Malaysia 2023 dengan menewaskan Terengganu dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Jordi sendiri terlibat dalam beberapa keputusan kontroversi pengadil perlawanan, S. Logeswaran dimana ramai pihak berpendapat ketua pasukan skuad kebangsaan Indonesia itu patut dibuang padang selepas melakukan beberapa kekasaran ketika permainan.

Akan tetapi, pengurus pasukan iaitu Esteban Solari berpendapat pengadil bersikap adil dan Jordi tidak sepatutnya dilayangkan kad merah kerana pemain itu hanya melakukan satu atau dua kekasaran sahaja ketika permainan.

“Saya tak rasa beliau patut dilayangkan kad merah. Kalau anda semua lihat, ketika permainan Jordi hanya melakukan satu atau dua kesalahan dan tidak lebih dari itu.

“Jadi saya rasa adil beliau hanya dilayangkan kad kuning atas kesalahan yang dilakukannya,” kata Solari.