Umum mengetahui bahawa pelakon Mia Ahmad telah tampil menggayakan tudung labuh sejak tahun 2021 dan dirinya kini lebih selesa menguruskan perniagaan berbanding muncul di kaca televisyen.

Menerusi satu perkongsiannya di Instagram, dia mengatakan dirinya lebih tenang dan bahagia selepas menjalani fasa penghijrahan.

Baca Juga:

“Bila orang cakap tudung labuh macam mak cik dan tak moden, sorry I dress for Allah. Ada yang cakap I tak akan istiqomah.

“Ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati sebab I tahu I buat perkara betul. Untuk Allah.” tulisnya di Instagram.

Tambahnya, dia sedar dirinya tidak baik dan memilih untuk menutup aurat bukan untuk nampak baik. Malah, untuk terus istiqamah bukan sesuatu perkara yang mudah namun, dia mampu melakukannya dengan penuh kesabaran.