Lukisan muka Putera Harry, cucu Ratu Elizabeth II, yang dilukis oleh seekor babi bernama Pigcasso telah dijual pada harga £2,350 (RM13,000).
Pigcasso menghasilkan karya seni ini dengan cat warna biru, oren, hijau, hitam dan warna lain hanya dalam beberapa minit. Ia dibeli oleh pengumpul dari Sepanyol.
Pigcasso adalah binatang belaan Joanne Lefson, mereka tinggal di Franschhoek, Afrika Selatan. Lukisan itu hanyalah salah satu daripada ratusan karya seni yang dihasilkan oleh seekor babi berusia empat tahun.

Lefson menyatakan bahawa jumlah wang yang dihasilkan dari lukisan Pigcasso bernilai hampir £50,000. Wang itu digunakan untuk membiayai ladang ternakan yang dimiliki olehnya.
“Lukisan itu adalah wajah Putera Harry, dan dibeli oleh pengumpul yang merupakan peminat Pigcasso. Dia tidak jauh beza dengan babi lain, pintar dan ada sifat ingin tahu, tetapi dia sangat berbakat dalam melukis, “kata Lefson, seperti dikutip di The Sun.

Ini bukanlah kali pertama Pigcasso melukis golongan bangsawan. Sebelum ini, babi ini telah melukis wajah Ratu Elizabeth II, lengkap dengan gincu merah, yang dijual kepada pembeli di London dengan harga yang hampir sama dengan lukisan Putera Harry.
Meghan dakwa keluarga diraja Britain bimbang kulit anaknya gelap, tidak sesuai digelar putera. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Meghan Dakwa Keluarga Diraja Britain Bimbang Kulit Anaknya Gelap, Tidak Sesuai Digelar Putera
Putera Harry Dan Meghan Markle ‘Putuskan’ Hubungan Keluarga Diraja, Mahu Hidup Seperti Rakyat Biasa