Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang peniaga burger yang jual burger ayam crispy pada harga serendah RM3.90.
Tindakan seorang lelaki jual burger pada harga murah itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peniaga lain.
Ada peniaga lain yang menghantar mesej peribadi dam memaki peniaga tersebut.
Ini kerana peniaga yang lain itu mendakwa harga tersebut terlalu rendah dan boleh menjejaskan pasaran.
Peniaga burger yang marah itu berkata: “Woi mat niaga jangan pecah market lah! Kau ingat kau sorang je ke meniaga buang harga macam ni. Market burger RM5, agak-agak lah. Nak masuk Kulai buat kepala kau.”
Peniaga burger murah itu membalas: “Alhamdulillah bang rezeki Allah bagi. Bukan pecah market bang. Kita meniaga ada supply chain yang baik sebab tu kita boleh dapatkan harga bahan mentah murah.

“Kalau abang orang meniaga, dapat harga barang murah. Takkan abang masih nak jual mahal?”
Dituduh jual burger cara tidak cantik
Namun, peniaga tersebut terus memarahinya lagi dan berkata: “Kau tak fikir ke orang Kulai yang lain rata-rata jual burger RM5? Datang kau ngarut RM3.90.
“100 orang kecam ka Jaga lah periuk nasi orang lain.”
