Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat orang ramai sudah mulai selesa membeli barangan secara dalam talian sahaja. Bermula daripada barangan runcit sehinggalah kepada barangan mewah bernilai ribuan ringgit.

Dalam pada itu, keghairahan orang ramai membeli barangan secara dalam talian secara tidak langsung turut mengundang scammer untuk mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain.

Menerusi perkongsian Facebook Norashikin Othman, beliau telah berkongsi isu melibatkan taktik terbaru scammer yang mahu mendapatkan wang pelanggan menggunakan taktik COD di mana beliau hampir menjadi mangsa.

219277790_3792775887488770_2867064273943940317_n
Sumber: facebook Norashikin Othman

Kejadian berlaku pada baru-baru ini apabila suaminya teleh menelefonnya untuk mendapatkan barangan kerana dikatakan seorang lelaki yang bertugas di kurier Ninja Van bakal tiba dan meminta untuk menyediakan wang RM279. Difahamkan wang tersebut perlu disediakan memandangkan bayaran dibuat sewaktu COD.

Jam yang dikatakan berharga melebihi RM1,000 ini dikatakan berjaya didapatkan pada harga promosi. Walau bagaimanapun, suaminya turut memesan untuk membuka parcel tersebut terlebih dahulu sebelum membuat bayaran.

Lima minit menanti, pekerja Ninja Van pun tiba. Wanita ini telah meminta untuk membuka parcel yang diterima walau bagaimanapun pekerja Ninja Van tersebut tidak membenarkannya kerana perlu membayar terlebih dahulu mengikut prosedur yang ditetapkan.

Timbul keraguan barangan yang diterima

226534498_869203477314468_2305585360191449096_n (1)
Kedai scammer suami beliau membeli jam. Sumber: Facebook Norashikin Othman

Dalam pada itu, tidak hanya wanita tersebut yang ragu-ragu, malah pekerja Ninja Van berkenaan turut sangsi dengan parcel tersebut kerana kotak kosong dan tidak berisi dan bukannya jam tangan seperti yang dimaklumkan suaminya.

Menurut pekerja Ninja Van berkenaan, barangan-barangan daripada Crossborder kebanyakkannya adalah daripada pihak scammer. Beliau juga turut memaklumkan sudah ramai individu yang menjadi mangsa kerana menerima barangan daripada ‘syarikat’ ini. Mengetahui perkara tersebut, wanita berkenaan memilih untuk tidak menerima barangan tersebut.

Difahamkan pemilihan untuk menolak barangan yang diterima adalah dibenarkan. Wanita tersebut turut berkongsi langkah-langkah lain yang boleh digunaakn dengan menghantar mesej kepada penghantar barangan berkenaan dengan menulis “I did not order this item” atau “Cancel order”. Ayat ini dimaklumkan diterima beliau menerusi staf Ninja Van sendiri.

Wanita tersebut mengatakan sehingga kini masih belum terdapat sebarang parcel lain yang diterima melibatkan jam tangan memandangkan mereka sudah membuat pembatalan tempahan.

Dimaklumkan taktik seperti ini sememangnya semakin kerap digunakan scammer dalam mengaut duit pengguna tanpa sedar. Diharap orang ramai lebih berhati-hati sebelum menerima parcel khususnya yang membuat bayaran sewaktu COD parcel.

Tular pada minggu ini apabila lelaki ini luah kekecewaan terhadap pekerja servis kurier setelah menerima jagung buruk selepas membelanjakan RM1,500 dalam membeli pakaian.

Beli Baju RM1,500 ‘Dapat’ Jagung Buruk, Lelaki Ini Luah Kekecewaan Terhadap Pekerja Servis Kurier

Selepas Stapler, Netizen Terkejut dUCk Jual Set Mewarna Berharga RM220