Seperti ramai sedia maklum, harga barangan dan makanan semakin meningkat naik sejak beberapa tahun terakhir ini.

Hal ini turut memberi kesan kepada peniaga dan juga penjual bagi urusan pembeli di mana para penjual terpaksa menaikkan harga jualan manakala pembeli pula mahukan harga jualan yang rendah.

Baca Juga:

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini menerusi perkongsian TikTok @nisya126 apabila beliau yang merupakan penjual nasi lemak berharga RM2 didatangi pembeli yang mahukan lauk yang lebih banyak.

@nisya126

Ragam customer,Sabar lah hati😰#tyscrr #nisya06

♬ bunyi asal – Nisya Kanwal🌹 – Nisya Kanwal🌹

Menerusi perkongsian, pada awal video pembeli tersebut telah meminta untuk menambah lebih banyak telur rebus, kacang, ikan bilis daripada hidangan nasi lemak biasa. Bukan itu sahaja, pembeli ini turut meminta tambahan sambal pada nasi lemak beliau.

Penjual yang sekadar mengikut arahan penjual tersebut seusai selesai membungkus nasi lemak tersebut telah memaklumkan nasi lemak yang diminta beserta tambahan lauk hanyalah sebanyak RM2.50. Tambahan 50 sen daripada harga asal.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila pembeli tersebut seolah menaikkan suara serta meluahkan rasa tidak puas hati gara-gara terpaksa membayar lebih. Malah, pembeli tersebut turut mendakwa beliau sekadar meminta tambahan sedikit sahaja.

Penjual nasi lemak tersebut nampaknya terpaksa akur serta bersetuju hanya RM2 dikenakan bagi nasi lemak tersebut.

Pembeli tersebut seterusnya sekali lagi mengundang masalah apabila memaklumkan hanya setuju membayar sekiranya dibenarkan untuk membayar secara online gara-gara tidak mempunyai wang tunai.

Video berakhir apabila pembeli tersebut seolah menghempas semula bungkusan nasi lemak yang sudah dipegang kepada penjual tersebut lantas memaklumkan tidak jadi untuk membelinya hanya kerana tidak berpeluang membayar secara online.

Perkongsian yang dibuat secara tidak langsung telah membuat para netizen berang dengan sikap yang ditunjukkan pembeli tersebut. Malah, para netizen berpendapat harga yang lebih tinggi patut dikenakan berbanding tambahan 50 sen yang dikenakan melihat kepada tambahan lauk yang dibuat.

Sumber: TikTok @nisya126
Sumber: TikTok @nisya126
Sumber: TikTok @nisya126

Sementara itu, ramai yang mengharapkan agar video yang dikongsikan wanita ini hanyalah sekadar lakonan ekoran berang dengan tindakan yang dibuat pembeli tersebut.