Nasi lemak adalah kebanggan rakyat Malaysia, ia sudah menjadi darah daging setiap lapisan rakyat dan merupakah satu khazanah negara.

Mungkin disebabkan itu, apabila salah seorang pelancong China menyatakan bahawa Nasi Lemak adalah hidangan yang kurang enak dan tidak masuk akal, kebanyakan rakyat Malaysia melenting.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam laporan yang dimuat naik oleh WOB, difahamkan seorang pelanchong China tidak berpuas hati dengan hidangan Nasi Lemak yang dibeli olehnya semasa penerbangan pula dari Bali, Indonesia ke Shanghai, China.

Di dalam salah satu platform sosial media di China, wanita itu menyifatkan makanan yang dibelinya semasa penerbangan pulang menggunakan Air Asia adalah “makanan yang tidak masuk akal.”

Dia turut menyatakan dengan harga RM22 untuk sebungkus nasi lemak, apa yang dihidangkan oleh syarikat penerbangan tersebut tidak seperti yang dipamerkan di dalam gambar, malah beliau turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan rasa Nasi Lemak terbabit.

“Makanan itu benar-benar tiada kaitan dengan gambar itu. Rasa makanannya tidak enak, sambalnya sukar untuk dimakan dan kari terlalu banyak perasa,” katanya.

Dia menambah bahawa dia telah burger di lapangan terbang di Malaysia semasa menunggu penerbangan sambungan, yang berharga RM28 dan menilai bahawa burger tersebut lebih enak dari Nasi Lemak tersebut.

Bagaiamanapun, kebanyakan netizen meluahkan rasa kurang senang apabila salah sebuah khazanah negara dikritik oleh pelancong tersebut.

Salah sorang netizen menyatakan bahawa ini adalah hidangan terbaik beliau. Manakala yang lain pula bersetuju bahawa harganya sedikit mahal dan seorang lagi netizen manyatakan bahawa lidah orang luar tidak sama dengan orang tempatan

Untuk rekod, pada 2020 pasangan Jepun melaporkan bahawa mereka sudah menemui Nasi Lemak paling mahal di dunia iaitu pada harga RM73.00 untuk satu hidangan.

Dalam video bertajuk The Most Expensive Nasi Lemak in The World itu, pasangan dan juga YouTuber Jepun telah memesan Nasi Lemak yang didatangkan dengan ayam berempah, sambal, telur goreng, timun batang ikan bilis, kacang sama seperti yang dijual di negara ini.

Tetapi jangan tersilap, walaupun ianya kedengaran seperti Nasi Lemak Ayam yang kita selalu pesan dan jual dengan harga di bawah RM10 di negara ini, namun harganya meningkat berkali ganda dan dijual sehingga Hong Kong Dollar (HKD)138 atau sekitar RM73 jika ditukar ke mata wang Malaysia.

Sumber